CINTA
KATA YANG DILAHIRKAN
DENGAN SEJUTA MAKNA
BANYAK DEFINISI DAN
BANYAK PULA INTERPRETASI
NAMUM HAKIKATNYA…..
CINTA ITU MEMILIKI
PELAZIMANNYA TERSENDIRI…
BAHAWA MENCINTAI
SIAPAPUN DAN APAPUN…
PASTI MEMBENIHKAN
KESETIAAN DAN PENGABADIAN..
MENJADI SEORANG GURU MEMERLUKAN KEKUATAN CINTA.
SEMANGAT CINTAKAN PROFESI..
MAMPU MENJADIKAN KITA LEBIH CEKAL DAN MATANG.
DALAM MENGHADAPI ..
SESUATU PERKARA YANG DILUAR JANGKAAN
SESUNGGUHNYA..
BUKANLAH MUDAH MENGGALAS AMANAH..
UNTUK MANJADI SEORANG GURU..
MELALUI SENTUHAN SEORANG GURU..
MAKA TERLAHIRLAH BARISAN PROFESI..
YANG JAUH LEBIH GAH DARI NAMANYA SENDIRI.
NAIFLAH..
JIKA KITA MENJADI GURU..
YANG HANYA BERBEKALKAN TEORI PEDAGOGI..
SEMATA – MATA.
SEJARAH TELAH MEMBUKTIKAN
BAHAWA
KEKUATAN CINTA YANG LAHIR DARI HATI YANG TULUS.
MAMPU MEMBUAT SESUATU YANG MUSTAHIL..
BERUBAH MENJADI NYATA
UNIKNYA CINTA
IA SELALU PUNYA JALANYA TERSENDIRI
UNTUK MEMBEBASKAN KITA
DARI BELENGGU PERMASALAHAN
MAKA,
JIKA GURU MEMILIKI CINTA DALAM DIRINYA
PADA DETIK ITU PULA
IA AKAN MAMPU MENGUBAH
SEORANG MURID YANG PEMALAS MENJADI RAJIN
MURID YANG PASIF MANJADI AKTIF
MURID YANG NAKAL MENJADI DISIPLIN
DAN MURID YANG SANGAT MANJA….
MENJADI MURID YANG MAMPU UNTUK BERDIKARI..
MUNGKIN UNTUK SAMPAI
KE TAHAP ITU..
KITA AKAN MELALUI
SEBUAH PERJALANAN YANG SUKAR, TERJAL DAN TANDUS..
PERJALANAN ITU
PASTINYA SERINGKALI MENGANJAL KESABARAN
UNTUK MENCAPAI TELAGA
KETULUSAN
SERINGKALI
KITA TERJERAT DALAM
TENTANGAN
YANG SERING MANGHAMBAR
KE LAUT PERASAAN SEORANG GURU…
KEKURANGAN PRASARANA
SEKOLAH…
JARAK YANG JAUH LAGI
MELELAHKAN…
TEKANAN KERJA YANG
MEMBEBANKAN…
SERTA KEPAYAHAN
MENGALI POTENSI MURID..
YANG SUDAH BERBALUT
DENGAN SELIMUT MALAS DAN DEGIL..
SELALU MENGURAS SABAR
DAN RASIONAL.
SAAT INILAH…
KITA MULA
MEMPERTARUHKAN CINTA KITA..
PADA SEBUAH PROFESI
YANG MENDAULATKAN KEMURNIAN PERASAAN KITA..
NAMUM..
SEGANAS APAPUN OMBAK YANG MENERJAH
JIKA GURU ITU BERTEKAD KUAT
SEKUAT MENTARI MENYINARI BUMI
SUDAH PASTI
ARAL YANG MELINTANG, DAPAT KITA TEMPUHI JUA..
SESUNGGUHNYA..
KITA ADALAH ADIWIRA..
YANG MENGERAKKAN
SUMBER MANUSIA
KE ARAH SATU ENIGMA
PERUBAHAN POSITIF
JANGANLAH PERNAH
BERPUTUS ASA..
DALAM USAHA MENGASAH
BELAKANG PARANG
KERANA KITA ADALAH
PENGERAK
YANG MENJANA
PENDIDIKAN NEGARA
TANAMKANLAH NIAT DALAM
DIRI …
CINTA SEJATI DAN
KEIKHLASAN PADA PROFESI INI..
SEMOGA..
SETIAP USAHA KITA..
DALAM MELENTUR BULUH
INI.
DENGAN KETULUSAN CINTA
SEORANG GURU..
MENDAPAT LIMPAHAN DAN
BERKAT DARI ALLAH..
No comments:
Post a Comment