Katanya ingin mengadukan kes disiplin yang mengatakan anaknya dicubit oleh murid lain..
Semasa berjumpa dengan guru kauseling, telah dinasihatkan supaya melaporkan kepada GPK HEM namum dia tetap bertegas untuk berjumpa dengan murid berkenaan..
Kemudian, ibu itu telah terserempak dengan guru disiplin..
Guru disiplin lihat beliau sedang memanggil dua orang murid untuk berjumpa dengannya di tapak perhimpunan..
Setelah ditanya barulah mengatakan dua murid ini telah mencubit anaknya dan ada seorang lagi telah meminta wang dari anaknya..
Mereka di bawa ke bilik guru yang kosong..
Setelah memberi maklumat kepada guru disiplin...
Ibu berkenaan terus memarahi dua orang murid dan mengugut keduanya untuk melaporkan kepada poilis...
Guru kemudian menyuruh ibu berkenaan pulang dan menyatakan akan menyiasat kes berkenaan..
Ibu mula menunjukan perasaan tidak puas hati dan menyatakan
" saya pun cikgu disiplin juga di SMKPXXX..."
"Saya nak jumpa cikgu nanti pasal siasatan kes ini dan tindakan pihak sekolah"
" Kalau tak puas hati saya akan laporkan pada orang luar dan pihak polis"
Setelah disiasat, ada dakwaan bahawa anaknya yang mula memukul murid berkenaan namum tiada saksi yang melihat. Dua orang murid tersebut juga mengaku salah dan di kenakan tindakan
1. Direkodkan
2. Meminta maaf kepada mangsa
3. Membuat akur janji
Tindakan ini adalah kerana kesalahan berikut adalah kali pertama dan mereka murid yang baik.
Persoalanya ...
1) jika seorang guru, adakah dia tidak faham akan tatacara berurusan dengan sekolah?
2) Jika seorang guru , adakah dia tidak tahu bahawa ibubapa dilarang berjumpa secara terus dengan pelajar.?
3) Jika seorang guru, adakah dia akan melemparkan ugutan kepada murid dan sekolah?
4) Jika seorang guru, adakah dia tidak tahu tatacara pengurusan kes disiplin?
5) jika seorang guru, kenapa tidak mempercayai guru?
Ini situasi sebenarnya pada guru, diharap ibubapa lebih memahami dan bertolak ansur. perkara seperti ini boleh diselesaikan dengan baik.
" KENAPA BILA BERURUSAN DI PEJABAT LAIN,
PENGAWAL KESELAMATAN PUN IBUBAPA AKAN HORMAT,
APATAH LAGI KERANI,
,NAMUN
, BILA DISEKOLAH KENAPA BERTINDAK MACAM TAK BERADAP,
SEDANGKAN
" CIKGU"
ADALAH BERJAWATAN PEGAWAI."
P/S:
tiada niat merendahkan guard dan kerani, ini hanyalah contoh dalam dunia realiti
No comments:
Post a Comment