Nuffnang Adds

SAYA AJAR KAMU SUPAYA LEBIH PANDAI DARI SAYA ATAU SETIDAKNYA SAMA PANDAI DENGAN SAYA DAN KALAU KURANG PANDAI TAK MENGAPA ASALKAN KAMU BERAKHLAK MULIA
FREE TO CLICK

Search This Blog

Tuesday, January 28, 2014

BUAT CIKGU DISIPLIN

PENGENALAN

Pengurusan disiplin pelajar adalah satu
Aspek yang sangat penting bagi mewujudkan
suasana yang kondusif dalam pengajaran dan
pembelajaran.

Pengurusan yang baik dapat mengurangkan
kes-kes salahlaku disiplin pelajar.
                                
Pemupukan yang baik akhirnya dapat
mewujudkan masyarakat Malaysia yang berdisiplin,
bertoleransi, bersatupadu dan harmonis.

DEFINISI DISIPLIN

Peraturan-peraturan yang dipersetujui oleh sesuatu kelompok atau badan masyarakat bagi mewujudkan tingkahlaku yang baik demi kesempurnaan kehidupan masyarakat itu.
                                               
Kesanggupan seseorang individu menghormati dan mematuhi kehendak undang-undang sama ada dikenakan dari luar atau dengan kerelaan sendiri.

DASAR DAN PRINSIP

* Keadilan dan layanan sama rata 
* Pertimbangan minat dan keperluan murid 
* Kebebasan
* Menghormati seseorang individu sebagai seorang manusia
* Perhubungan sesama manusia dan
* Kehidupan harmoni
* Pembinaan disiplin di sekolah hendaklah digerakkan ke arah :
        - pembentukan kesanggupan menghormati 
          dan mematuhi peraturan-peraturan
        - Menyedari hak dan tanggungjawab diri
          sendiri dan orang lain serta
          mengamalkan tingkahlaku yang
          diperkenankan oleh masyarakat
        - Memberi sumbangan ke arah membaiki 
          keadaan sekolah keseluruhannya.

J/KUASA MENANGANI ISU BUDAYA NEGATIF DI KALANGAN MURID

yang dipengerusikan oleh Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia 
telah memperakukan :

“..bahawasanya usaha-usaha perlu dilakukan untuk memperkukuhkan dan memantapkan Pengurusan Hal Ehwal Murid Di Sekolah supaya lebih cekap dan berkesan. Usaha-usaha hendaklah dibuat ke arah membangun dan mengembangkan potensi murid secara optimum supaya dapat mengatasi gejala emosi seperti tekanan (stress). Disamping itu peningkatan kompetensi dan kemahiran (warden, kaunselor, guru disiplin, guru subjek) perlu dipergiatkan”.

SUASANA YANG PATUT WUJUD DI SEKOLAH
1.            Iklim persekolahan
2.            Peraturan sekolah
3.            Tatasusila profesyen

KEWIBAWAAN DISIPLIN SEKOLAH
  –        Kewibawaan pihak sekolah adalah terkandung di dalam Peraturan-peraturan Pelajaran    
        atau Peraturan-Peraturan Sekolah.
        Peraturan ini bertujuan mengawal semua kegiatan sekolah.

 PROSEDUR TINDAKAN  DISIPLIN DI SEKOLAH
1- Menerima aduan
  2- Kumpul dan dapatkan maklumat
  3- Beri sebab (Peluang membela diri
 4- Membuat keputusan

TATACARA MENYELESAIKAN MASALAH DISIPLIN
1-            Lihat setiap kesalahan secara objektif
2-            Wujudkan suasana tenang
3-            Beri peluang murid buat penjelasan
4-            Jika murid bersalah, bantu murid untuk menyedari kesalahannya
5-            Masalah disiplin yang ada kaitan dengan keluarga, salahlaku jenayah, dadah-
                maklumkan kepada Guru Besar

SEKOLAH SEBAGAI ‘IN LOCO PARENTIS’
Konsep guru menjadi pengganti kepada ibu bapa dan hendaklah memastikan agar keselamatan murid diberi penjagaan rapi dan dilindungi daripada sebarang bahaya

HUKUMAN YANG DITEGAH (FIZIKAL)
                - berdiri lama di tengah panas                  
                - lari keliling padang
                - berdiri lama dalam/luar bilik darjah
              - memukul diri sendiri/sesama sendiri
                - berdiri di atas kerusi atau  meja                            
                - menarik rambut/tarik telinga
                - belasah dengan alat seperti tali pinggang  atau pembaris
                - junjung kerusi/ buku
                - cubit                                                                  
                - enjut/ ketuk ketampi/ mendada
                - ketuk/sekel kepala
                - rampas barang tanpa alasan munasabah  -  corection   tape

LANGKAH-LANGKAH YANG PERLU DIAMBIL OLEH PIHAK
          Aduan –
 Menjadi tanggungjawab Guru Besar menerima aduan mempastikan kebenaran aduan dan mempastikan kes bersabit atau tidak.
          Siasatan –
Kumpul dan dapatkan maklumat atau bukti-bukti berkaitan kes melalui siasatan. Berdasarkan siasatan, jika tidak ada prima facie kes digugurkan, manakala tindakan selanjutnya akan dilakukan jika kes ada prima facie

LANGKAH-LANGKAH YANG PERLU DIAMBIL
          Bela diri –
            Murid  perlu diberi peluang membela diri 
            untuk membuktikan dakwaan terhadapnya
            tidak benar
       Tindakan –
           Berdasarkan keterangan(samada murid dapat 
           membebaskan diri atau tidak) Guru Besar
           akan  membuat pertimbangan dan dapatan
           untuk mengambil tindakan menjatuhkan
           hukuman

PERUNDANGAN DALAM PENGURUSAN DISIPLIN
  1. PENGENALAN
1.1.  Merupakan alat untuk mempertahankan hak individu yang hidup dalam satu kelompok masyarakat.
            1.2. Perkara penting perlu diperhatikan terutama isu berkaitan dakwaan  
                    mahkamah.
            1.3. Mengandungi dokumen undang-undang       
                     cth. Akta Pendidikan, Surat Pekeliling.
            1.4. Konsep – “In-loco parentis” dan “Duty of care”

TANGGUNGJAWAB PENGETUA / GURU BESAR
2.1. “Vicarious Liability” – bertanggungjawab secara
         langsung terhadap semua perkara di sekolah
         yang dilakukan oleh warga sekolah terhadap murid.
2.2.  Umumnya – mendidik, menjaga dan “duty of care”.
2.3.  Penyeliaan di Bilik Darjah – perlu menyelia dan
        memastikan keselamatan dan mengambil langkah  
        proaktif pencegahan serta menyelia dengan kadar  
        munasabah.
 2.4.  Pengetua – mengambil maklum dokumen
          undang-undang, berkongsi / menyebarluas,
          mengingatkan staf secara konsisten dan perlu         
          memastikan guru mahir / tahu.
 2.5.  Guru – “In-loco parentis” / tanggungjawab spt. Ibu bapa. 
          Cuai boleh didakwa.

PROSEDUR TINDAKAN DISIPLIN SEKOLAH
3.1.  Tindakan yang betul
a) Diberitahu – kesalahan & hukuman
 b) Keterangan bela diri
c) Kemuka Rayuan - didengari
            d) Jatuh hukuman dengan adil.
3.2.   Rujuk –    Buku Tatacara Pengurusan Disiplin  Sekolah & Surat Pekeliling Ikhtisas
3.3.   Elak hukuman – tidak tepat, mendera menjatuhkan maruah & tidak   
          ikut surat pekeliling ikhtisas

PROGRAM PENINGKATAN DISIPLIN DI SEKOLAH
1              KENALPASTI MASALAH DI SEKOLAH
2              TAHU PUNCA MASALAH
3              LANGKAH-LANGKAH MENGATASI
4              MASALAH
5              PENILAIAN
6              TINDAKAN SUSULAN

CADANGAN MENGATASI MASALAH DISIPLIN PELAJAR
1             PENINGKATAN PROFESIONALISME GURU
2             PELAN TINDAKAN
3             MEMAHAMI PERMASALAHAN  PELAJAR
4             PROGRAM DAN AKTIVITI
5             PEMANTAPAN PENGURUSAN HEM

No comments:

Post a Comment

Nuffnang Adds