Nuffnang Adds

SAYA AJAR KAMU SUPAYA LEBIH PANDAI DARI SAYA ATAU SETIDAKNYA SAMA PANDAI DENGAN SAYA DAN KALAU KURANG PANDAI TAK MENGAPA ASALKAN KAMU BERAKHLAK MULIA
FREE TO CLICK

Search This Blog

Friday, September 5, 2014

E PRESTASI KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

PENILAIAN BERSEPADU PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN  atau PBPP dilihat sebagai satu usaha yang baik selaras dengan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia ( PPPM ).

Sebagai warga pendidik adalah amat perlu memahami perlaksanaan PBPPP yang mana terdapat banyak kelebihan sepertimana yang dikatakan namum kita juga perlu melihat dengan mata hati dan memadankan dengan situasi sekeliling dimana ketirisan yang mungkin berlaku dapat sama-sama kita perbaiki. Dibawah ini terdapat beberapa maklumat awal dan memaklumat selanjutnya ada disini 

PTK digantikan dengan penilaian baharu yang lebih memfokus kepada elemen pembangunan kompetensi berasaskan gred dan jawatan serta mengambil kira keunikan pelbagai skim perkhidmatan. Untuk memastikan ia relevan, ketua perkhidmatan atau ketua jabatan diberi fleksibiliti dalam menentukan kaedah penilaian di dalam jabatan masing-masing berdasarkan garis panduan yang sedang disediakan oleh JPA”
 
Dato’ Sri Mohd Najib Bin Tun Abdul Razak
YAB Perdana Menteri Malaysia
Majlis Perdana Perkhidmatan Awam ke-12

21 Mac 2011

 Inilah halatuju yang dinyatakan dalam PB3P. Sistem ini telah mula digunakan sebagai percubaan dan akan digunakan sepenuhnya pada 2015.

Hasrat PBPPP dibangunkan adalah untuk menggantikan beberapa penilaian sedia ada di KPM digabungkan menjadi satu instrumen penilaian untuk kepelbagaian penggunaan.


Sejajar dengan hasrat kerajaan ke arah transformasi pendidikan ,maka PBPPP memenuhi aspirasi PPPM 2013-2025 yang meliputi:
ØAnjakan 4 iaitu Transformasi Keguruan Sebagai Profession Pilihanmelaksanakan laluan kerjaya guru berasaskan kompetensi mulai 2016
ØAnjakan 5 iaitu memastikan Kepimpinan Berprestasi Tinggi ditempatkan di setiap sekolahmemperkukuh kriteria pemilihan dan proses perancangan penggantian bagi pengetua/guru besar mulai 2013
Antara punca kuasa penerimaan instrumen PBPPP ini adalah
ØBerdasarkan keputusan Mesyuarat Pra DTF pada 18 September 2013, Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (KPPA) telah bersetuju bahawa PBPPP kumpulan pegawai perkhidmatan pendidikan (PPP) akan dilaksanakan sepenuhnya bermula tahun 2015

ØKeputusan ini juga telah dibawa dalam Mesyuarat DTF pada 19 September 2013 yang dipengerusikan oleh YAB Tan Sri Dato' Hj Muhyiddin B. Hj Mohd Yassin, Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pendidikan Malaysia telah bersetuju dengan keputusan berkenaan.
}PBPPP dicetuskan melalui idea dalam Makmal Guru di Government Transformation Programme  (GTP 2.0) dan seterusnya berdasar inspirasi Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013 – 2025
}Asas penggubalan instrumen PBPPP adalah berdasarkan 5 penilaian utama yang sedia ada di KPM:
}Laporan Penilaian Prestasi Tahunan (LNPT);
}Kriteria Kecemerlangan (KC) – time based berdasarkan kecemerlangan;
}Standard Kualiti Pendidikan Malaysia (SKPM) - Standard 4 (Keguruan);
}Program Bersepadu Potensi dan Kompetensi (PROSPEK) yang menggantikan PTK tetapi telah ditangguhkan mengikut SPP Bil 4/2011; dan
}Penilaian Guru Cemerlang.

SILA KLIK UNTUK MAKLUMAT LANJUT

No comments:

Post a Comment

Nuffnang Adds