Nuffnang Adds

SAYA AJAR KAMU SUPAYA LEBIH PANDAI DARI SAYA ATAU SETIDAKNYA SAMA PANDAI DENGAN SAYA DAN KALAU KURANG PANDAI TAK MENGAPA ASALKAN KAMU BERAKHLAK MULIA
FREE TO CLICK

Search This Blog

Friday, January 31, 2014

Amaran Kepada Pemegang Kad DEBIT / Kad KREDIT (Wajib Baca)



Sekadar kongsian untuk semua, silakan share jika anda tidak mahu kawan kawan anda terkena macam yang dinyatakan terima kasih
Awas kepada pemegang kad DEBIT atau kad KREDIT!!
untuk kawan-kawan fb, just nak share apa yang berlaku pada kawan saya hari ni.
ebih kurang jam 11.30 pagi hari ni, sy dapat kol daripada private number dan antara dialog yang berlaku dengan seorang wanita india yang sgt berbudi bahasa:
Wi: selamat pagi boleh bercakap dgn en. zufri?
Mz: ye sy bercakap, ada pe ye?
Wi: saya…..daripada pihak bank ingin membuat pengesahan berkenaan kad bank en.
Mz: awk ni dari mana?
Wi: saya daripada pusat panggilan malaysia, ingin membuat pengesahan READ MORE

Semak Keputusan Ujian Kompetensi ICT anda


Baru-baru ini semua guru perlu menjawab ujian ICT secara online. Ujian berteraskan ICT atau teknologi komputer adalah sangat penting untuk menguji seorang guru dalam pengetahuan am komputer. Ujian ini juga merupakan komponen penting di dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025. 

Bagi guru-guru yang ingin menyemak keputusan ICT boleh klik sini SEMAK UJIAN ICT 



Wednesday, January 29, 2014

Ibubapa Itu Guru???

Hari ini ada seorang ibu datang jumpa pada awal pagi..
Katanya ingin mengadukan kes disiplin yang mengatakan anaknya dicubit oleh murid lain..

Semasa berjumpa dengan guru kauseling, telah dinasihatkan supaya melaporkan kepada GPK HEM namum dia tetap bertegas untuk berjumpa dengan murid berkenaan..

Kemudian, ibu itu telah terserempak dengan guru disiplin..
Guru disiplin lihat beliau sedang memanggil dua orang murid untuk berjumpa dengannya di tapak perhimpunan..
Setelah ditanya barulah mengatakan dua murid ini telah mencubit anaknya dan ada seorang lagi telah meminta wang dari anaknya..

Mereka di bawa ke bilik guru yang kosong..
Setelah memberi maklumat kepada guru disiplin...
Ibu berkenaan terus memarahi dua orang murid dan mengugut keduanya untuk melaporkan kepada poilis...

Guru kemudian menyuruh ibu berkenaan pulang dan menyatakan akan menyiasat kes berkenaan..
Ibu mula menunjukan perasaan tidak puas hati dan menyatakan

" saya pun cikgu disiplin juga di SMKPXXX..."
"Saya nak jumpa cikgu nanti pasal siasatan kes ini dan tindakan pihak sekolah"
" Kalau tak puas hati saya akan laporkan pada orang luar dan pihak polis"

Setelah disiasat, ada dakwaan bahawa anaknya yang mula memukul murid berkenaan namum tiada saksi yang melihat. Dua orang murid tersebut juga mengaku salah dan di kenakan tindakan
1. Direkodkan
2. Meminta maaf kepada mangsa
3. Membuat akur janji

Tindakan ini adalah kerana kesalahan berikut adalah kali pertama dan mereka murid yang baik.

Persoalanya ...
1) jika seorang guru, adakah dia tidak faham akan tatacara berurusan dengan sekolah?
2) Jika seorang guru , adakah dia tidak tahu bahawa ibubapa dilarang berjumpa secara terus dengan pelajar.?
3) Jika seorang guru, adakah dia akan melemparkan ugutan kepada murid dan sekolah?
4) Jika seorang guru, adakah dia tidak tahu tatacara pengurusan kes disiplin?
5) jika seorang guru, kenapa tidak mempercayai guru?

Ini situasi sebenarnya pada guru, diharap ibubapa lebih memahami dan bertolak ansur. perkara seperti ini boleh diselesaikan dengan baik.

" KENAPA BILA BERURUSAN DI PEJABAT LAIN,
 PENGAWAL KESELAMATAN PUN IBUBAPA AKAN HORMAT,
APATAH LAGI KERANI,
,NAMUN
, BILA DISEKOLAH KENAPA BERTINDAK MACAM TAK BERADAP, 
SEDANGKAN 
" CIKGU" 
ADALAH BERJAWATAN PEGAWAI."

P/S:
tiada niat merendahkan guard dan kerani, ini hanyalah contoh dalam dunia realiti



Tuesday, January 28, 2014

SOP BADAN DISIPLIN SEKOLAH



PERUNTUKAN UNDANG-UNDANG/KUASA DAN SURAT PEKELILING IKHTISAS KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

ORDINAN PELAJARAN 1957:PERATURAN-PERATURAN PELAJARAN (DISIPLIN SEKOLAH) 1959.

SURAT PEKELILING IKHTISAS


BIL
SURAT / TARIKH
TAJUK
1

6/88         10.09.88

Pembuangan murid-murid daripada sekolah rendah kerana kelakuan curang.

2


6/68         18.09.68


Tatatertib di sekolah-sekolah


BIL
SURAT / TARIKH
TAJUK
3


4


5

6


7


8

6/88&      12.10.68
9/68

1/72         04.02.72


6A/75      05.09.75

7/75         18.08.75


9/75         04.11.75


7/76         07.01.76

Tambahan kepada surat pekeliling Profesional


Peraturan-peraturan (Tatatertib sekolah) Pelajaran 1959.


Murid-murid menghisap rokok.

Salah guna dadah-Garis panduan untuk guru dan guru besar.

Peraturan-peraturan sekolah untuk murid-murid.


Potongan rambut murid-murid.


9


10

11

12

13


14

15



11/76       09.10.76


7/77         07.09.77

9/77         03.10.77

4/78         02.05.78

2/79         26.03.79


4/82         01.10.82

1/83         25.02.83



Mengharamkan semua jenis permainan judi di sekolah-sekolah.

Pengelolaan Walkaton di sekolah-sekolah.

Menganjur dan menjual loteri di sekolah-sekolah.

Acara suaikenal di sekolah-sekolah.

Laporan murid-murid dalam keadaan risiko penyalah gunaan dadah yang memerlukan pertolongan.

Permaianan “PinTable,Video Game,Game Watch”

Garis panduan kempen anti merokok di sekolah-sekolah.

16

17
3/83         09.03.83

6/83         23.04.83
Pakaian seragam murid-murid sekolah.

Larangan permainan bahan-bahan letupan.

18


19



7/83         11.04.83


8/83         07.11.83



Garis panduan mengenai pungutan derma melibatkan murid-murid sekolah.

Mengenakan hukuman biasa terhadap murid-murid yang melakukan perbuatan salah laku biasa yang tidak dinyatakan dalam peraturan-peraturan pelajaran.

BIL
SURAT / TARIKH
TAJUK

20

21

22

23

24

25

26

27

28

29

30

31

32

33

34

35

36

37

38

39

40

4/84         14.06.84

4/84         10.09.84

8/85         22.11.85

7/86         01.08.86

8/88         01.03.88

22/91       05.02.91

3/91         16.05.91

4/91          16.05.91

6/94          12.09.94

6/95          05.09.95

7/95          11.10.95

2/96          24.06.96

3/92          14.03.92

3/93          15.02.93

6/93           03.06.93

4/96           03.09.96

3/97           02.05.97

4/97           22.05.97

5/97           22.05.97

16/98         06.08.98

18/98         02.09.98

Perhimpunan sekolah.

Perhimpunan sekolah (tambahan kepada surat pekeliling ikhtisas bil.4/84)
Pakaian seragam murid-murid sekolah.

Langkah-langkah keberkesanan disiplin sekolah.

Keselamatan diri pelajar di sekolah.

Tata kelakuan pelajar ketika di masjid.

Mengundang orang-orang kenamaan ke upacara sekolah/institusi pendidikan.
Pelaporan kejadian tidak diingini di sekolah.

Usaha menanam semangat patriotisme dalam kalangan pelajar dan senaman ringkas dalam bilik darjah.
Menangani masalah ponteng di sekolah.

Tatacara Mengenakan Tindakan dan Hukuman terhadap pelajar-pelajar sekolah.
Penampilan diri pelajar,kekemasan dan kerapian berpakaian.
Pemakaian tudung/mini telekung bagi pelajar-pelajar perempuan.
Lapor kepada polis salah laku yang berbentuk jenayah.

Pakaian seragam sekolah.

Perlaksanaan kuasa disiplin dan hukuman di sekolah.

Program dan aktiviti sekolah yang melibatkan dasar dan / atau pungutan wang.
Hukuman ke atas murid menghisap rokok.

Sekolah sebagai kawasan merokok.

Menangani kegiatan  gengster di sekolah.

Penggunaan budi bicara ketika mengambil tindakan.


PANDUAN TATACARA PENGURUSAN DISIPLIN



PANDUAN TATACARA DISIPLIN SEKOLAH UNTUK PENGETUA, GURU BESAR, GURU DISIPLIN DAN GURU SEKOLAH
Tema
Kesalahan
Pekeliling Rujukan
Tindakan/Hukuman
1. Tingkah Laku Jenayah
1.Salah Guna Dadah
Pek.Ikhtisas Bil .7/1975
1. Pengakuan bertulis pelajar
2. Ibu bapa/Penjaga dihubungi.
3. Lapor kepada Pengarah Pelajaran
4. Hubungi/Pegawai kebajikan Masyarakat
5. Lapor kepada Doktor melalui Pegawai Kebajikan Masyarakat.
6.Rawatan Perubatan.
 7. Pemulihan dan tindakan susulan oleh Pegawai Kebajikan Masyarakat

2. Mengedar Dadah
Pek.Ikhtisas Bil 7/1975
1. Pengakuan bertulis pelajar.
2. Ibu bapa/Penjaga dihubungi.
3. Rujukan kepada Jabatan Pelajaran Negeri
4. Lapor kepada polis

3. Mencuri
Pek.Ikhtisas Bil9/1975( Murid boleh digantung sekolah atau dibuang sekolah)
1. Pengakuan bertulis pelajar.
2. Ibu bapa/Penjaga dihubungi.
3. Memulangkan balik barang yang dicuri/Ganti rugi ikuti nilai barang.
4. Minta maaf kepada pemilik barang.
5. Amaran.
6. Hukuman rotan
7. Gantung persekolahan bagi kes berulang.
8. Rujuk Guru Kaunseling

4. Memeras Ugut
Pek.Ikhtisas Bil.9/1975
1. Pengakuan bertulis pelajar
2. Ibu/bapa/penjaga dihubungi dan buat perjanjian bertulis.
3. Memulangkan balik barang yng diambil.
4. Hukuman rotan mengikut berat/ringan kes.
5. Rujuk kepada guru kaunseling
6. Digantung persekolahan bagi kes berat/kesalahan berulang.
7. Dibuang sekolah bagi kes yang amat berat.
8. Lapor kepada polis jika melibatkan senjata atau orang luar.


5. Berjudi
Pek.Ikhtisas Bil.9 /1975
1. Pengakuan bertulis pelajar
2. Nasihat oleh guru agama/kaunseling
3. Hukuman rotan bagi kesalahan kedua
4. Digantung sekolah bagi kesalahan berikut.
5. Dibuang sekolah.


6.Kes Memukul Pelajar
Pek.Ikhtisas Bil.9/1975
1. Pengakuan bertulis pelajar
2. Dipaksa memohon maaf dan berdamai.
3. Hukuman rotan
4. Digantung sekolah
5. Dibuang sekolah                               




7. Bergaduh Kecil
Pek.Ikhtisas Bil 9/1975
1. Nasihat
2. Pengakuan bertulis pelajar
3. Amaran
4. Dipaksa meminta maaf/berdamai

8. Bergaduh besar
Bil.9/1975
1. Amaran Keras
2. Merotan pelajar
3. Surat tunjuk sebab
4. Digantung  sekolah

9. Membawa Senjata Merbahaya Dengan Niat Jahat
Pek.Ikhtisas. Bil.9/1975
1. Menyerah senjata/senjata dirampas
2. Hukuman rotan
3. Digantung persekolahan
4. Amaran keras
5. Laporan polis

10. Bermain Mercun/ Bom buatan sendiri

1. Mercun/bom dirampas
2. Amaran keras
3. Hukuman rotan
4. Digantung persekolahan

11. Menjadi Ahli Kumpulan Haram/Kongsi Gelap
Pek.Ikhtisas Bil.9/1975
1. Pengakuan bertulis pelajar
2. Waris dihubungi
3. Hukuman rotan/rujuk guru kaunseling.
4. Digantung sekolah
5. Buang sekolah (kes berulang)
Lapor pada polis

12. Menceroboh Bilik/bangunan sekolah
Pek.Iktisas Bil.9/1975.
1. Pengakuan bertulis pelajar
2. Waris dihubungi/ Perjanjian bertulis
3. Memulangkan barangan/bayar ganti rugi
4. Hukuman rotan
5. Gantung Persekolahan
6. Buang Sekolah
7. Lapor kepada polis

13. Mencabul Kehormatan
Pek.Iktisas Bil.2/1981
1. Pengakuan bertulis pelajar
2. Ibu bapa dihubungi dan membuat perjanjian bertulis
3. Hukuman rotan
4. rujuk kepada guru kaunseling
5. hukuman gantung sekolah bagi kes berat atau kesalahan berulang
6. Hukuman buang sekolah

14. Buang Anak

1. Pengakuan bertulis pelajar
2. Ibu bapa penjaga dihubungi
3. Hubungi Pejabat Kebajikan Masyarakat.
4. Hubungi Jabatan Pelajaran Negeri
5. Melapor kepada polis

15. Rogol

1. Pengakuan bertulis pelajar
2. . Ibu bapa penjaga dihubungi
3. Dirujuk kepada Pegawai Perubatan.
4. Maklumkan kepada Jabatan Pelajaran Negeri
5.Lapor kepada polis
2. TINGKAH LAKU LUCAH
1. Membaca menunjukkan & Menyebarkan bahan-bahan & gambar-gambar lucah
Pek.iktisas. Bil.2/1981
1. Dirampas dan disimpan dengan berlakri sebagai bukti.
2. Memberi amaran/teguran
3. Makluman kepada ibubapa tentang tingkah laku anak.
4. Merotan tujuan untuk mendisiplinkan.
5. Rujuk kepada guru agama/guru kaunseling.

2. Membawa pita video lucah dan kaset lucah

1. Merampas
2. Simpan berlakri
3. Memberi amaran keras.
4. Makluman kepada ibubapa.
5. Merotan.
6. Rujuk kepada guru agama/kaunseling.

3. Mengintai

1. Amaran
2. Rujuk kepada guru bimbingan dan kaunseling/guru agama.
3. Pengakuan diri- rakaman/ bertulis
4. Surat kepada waris.
5. Surat perjanjian
6. Gantung sekolah.

4. Bercumbuan dalam kawasan sekolah

1. Amaran
2. Rujuk kepada guru bimbingan & kaunseling/ agama
3. Lapor kepada waris.
4. Surat  perjanjian.
5. Dicadang bertukar sekolah.
6. Gantung sekolah atau buang sekolah.

5. Berkhalwat & Denda di Mahkamah

1. Rujuk kepada Pengarah Pelajaran


6.Bohsia, Bohjan, Pelacuran, Hamil

1. Hubungi waris/ibubapa
2. Menghubungi Pegawai Kebajikan Masyarakat.
3.Rujuk Pengarah Pelajaran.

7. Meraba dan Memeluk Pelajar Perempuan

1. Gantung/buang sekolah
2. Maklumkan kepada ibubapa(telefon/surat)
3.Rotan.
4. Surat jamin diri.
5. Rujuk kepada Guru Bimbingan & Kaunseling/Agama

8. Menconteng, Melukis Kata-kata Lucah

1. Gantung/buang sekolah
2. Disoal-siasat.
3. Amaran dan nasihat.
4. Dirotan
5. Rujuk kepada Guru Bimbingan & Kaunseling/Agama

9. Menganggu Pelajar Perempuan

1. Disoal-siasat
2. Nasihat dan amaran.
3. Rujuk kepada Guru Bimbingan & Kaunseling/Agama
3. ANTI SOSIAL
1. Tindakan Vandalism
Pek.Iktisas Bil.9/1973
1. Kenal pasti pelajar
2. Gantung sekolah.
3. Pengakuan bertulis.
4. Rotan

2. Mencemarkan Bangunan Dan Kawasan sekolah
Pek.Iktisas Bil.9/1973
1. Hubungi ibubapa
2. Ganti rugi.
3. Dirotan.
4. Pengakuan bertulis.
5. Amaran keras.
6. Rujuk kepada Guru Bimbingan & Kaunseling/Agama

3. Rangging/ Mengadakan Pelancoan

1. Amaran keras.
2. Pengakuan bertulis
3. Surat kepada ibubapa
4. Perjanjian dengan ibubapa
5. Rujuk kepada Guru Bimbingan & Kaunseling/Agama.
6. Gantung sekolah

3. Sikap Lalai dan Cuai terhadap Pelajaran

1. Amaran.
2. Dendaan Bertulis.
3. Kenalpasti masalah.
4. Merotan.
5. Rujuk kepada Guru Bimbingan & Kaunseling/Agama
4. TINGKAH LAKU TIDAK JUJUR
1. Ponteng Sekolah
KP(BS)8548/12(17) Borang DM 9.2.77
1. Surat kepada ibubapa/penjaga serta amalan gantung/buang sekolah  tiga kali amaran .
2. Jika hadir dirujuk kepada Guru Bimbingan & Kaunseling.
3. Rotan jika perlu.

a.Tidak hadir ke sekolah tanpa sebab 3 hari berturut-turut.
b.Tidak hadir ke sekolah 5 hari dalam sebulan tanpa sebab.
c.Tidak hadir ke sekolah 31 hari berturut-turut.
d.Tidak hadir 60 hari berturut-turut.

1.Nasihat dan surat peringatan kepada ibubapa/penjaga.
2 .Amaran keras/(nama direkod ke dalam buku disiplin).
3.Suat pemberitahuan kepada ibubapa/penjaga.
4.Gantung sekolah.
5.Buang sekolah.

2.Ponteng kelas.

1.Hubungi ibubapa /penjaga (surat tunjuk salahlaku.)

2.Kelas tahanan (kalau sesuai).
3.Hukuman rotan.

3.Meniru dalam peperiksaan.

1.Peperiksaan mata pelajaran berkenaan dibatalkan(tiada markah).Jumlah besar markah diambil kira.
2.Hukuman rotan bergantung kepada kekerapan kes.
3.Pemberitahuan kepada ibubapa /penjaga.

4.Meniru tandatangan / penjaga.

1. Amaran keras.
2.Rujuk kpada ibubapa.
3.Hukuman rotan.

5.Bercakap bohong.

1.Rujuk kepada guru kaunseling / agama.
2.Amaran keras/rotan.
3.Rujuk kepada ibubapa/penjaga.
4.Kesalahan seterusnya rotan dan amaran.


6.Mengubah markah.

1.Rujuk guru disiplin.
2.Ibubapa dimaklumkan.
3.Markah ujian tidak diambil kira.
5.TINGKAH LAKU TIDAK SOPAN.
1.Berbahasa Tidak sopan/Kasar/Mencarut Guru.
Pek.Iktisas Bil.9/1975
1.Memohon maaf.
2.Amaran.
3.Rujuk kepada Kaunseling.
4.Rotan.

2.Biadap kepada guru.

1.Kali 1 Kaunseling.
2.Memohon maaf.
3.Kali 2 ibubapa dipanggil dan tandatangan surat jaminan.
4.Kali 3 dirotan.

3.Tidak hormat pengawas/guru.

1.Memohon maaf.
2.Amaran.
3.Kaunseling.

4.Menganggu kelas semasa guru mengajar.

1.Kali 1Kaunseling.
2.Amaran.
3.Kesalahan berikut dirotan.
6.TINGKAH LAKU TABIAT.(HABITUAL)
1.Tidak berpakaian kemas.
Pek.Iktisas Bil.3/1967, 2/1972,4/1976.
1.Teguran.
2.Amaran.
3.Jika berulang,  ibubapa / penjaga diminta hadir tandatangani surat jaminan.


2.Berkuku panjang.

1.Tindakan  serta merta memotong kuku.

3.Stail Rambut  / Panjang.
Pek.Iktisas Bil.2/1976
1.Amaran
2.Dipaksa gunting.
3.Hukuman rotan.
4.Gantung sekolah.

4.Warna rambut

1.Ibubapa dipanggil tandatangani surat jaminan.
2.Digantung sekolah.


5.Tiada lencana.

1.Teguran.
2.Amaran.
3.Tindakan guru disiplin mengenakan danda bayaran untuk lencana.

6.Pakaian Tidak Kemas selepas sekolah.

1.Diarah meninggalkan kawasan sekolah.


7.Lewat

1.Denda mengikut budi bicara guru disiplin.
2.Amaran direkod.
3.Jika berulang ibubapa dipanggil tandatangani surat jaminan.

8.Tidak Bawa Buku
Peraturan Am Sekolah 1951
1.Diberi amaran.
2.Tindakan guru disiplin.
3.Gantung sekolah.

9. Tidak memulangkan Buku Teks

1. Bayar nilai buku
2. Tidak layak terima SPBT tahun berikutnya

10. Tidak Jelas Yuran
Peraturan Am Sekolah 1951
1. Diberi amaran
2. Ibubapa dihubuni.
3. Sijil Berhenti sekolah ditahan.

11. Memakai Barang Kemas/Bawa Bahan Yang Tidak Sesuai

1. Rampas dan akhir tahun dikembalikan
2. Barang berharga ibu bapa dipanggil.
3. Amaran

12. Tidak Menyiapkan Kerja
Peraturan Am Sekolah 1951
1. Nasihat dan amaran
2. Rujuk guru kaunseling
3. Hukuman rotan.

13. Membuat Bising
Pek.Iktisas Bil 9/1975
1. Diberi amaran.
2. Denda ikut budi bicara guru disiplin.

14. Menghilangkan Alat Sekolah Yang Dipinjamkan
Peraturan Am Sekolah 1951
1. Diberi amaran.
2. Menggantikannya.

15. Buang Sampah Merata-rata
Pek.Iktisas 9/1975
1. Diberi Amaran
2. Denda membersihkan kawasan
3. Hukuman rotan

Nuffnang Adds