KENYATAAN OLEH KETUA PENGARAH PELAJARAN MALAYSIA BERKAITAN GURU MENDENDA MURID KERANA TIDAK MENYEMPURNAKAN KERJA SEKOLAH DI SJKC KHAI MENG, SUNGKAI, PERAK
26 January 2014
Pagi nie baru terbuka dan terbaca kenyataan KPM yang sebelum nie didengar melalui media massa.
Sebagai seorang guru, saya terdetik untuk menyuarakan rasa dan pandangan dari aspek seorang guru. Bukanlah nak menyebelahi mana- man pihak tapi melihat kepada situasi pro dan kontra..
Pada saya, tindakan itu ada wajar dan tidaknya. Memberikan hukuman pada murid yang tidak siapkan kerja sekolah adalah wajar namum betulkah murid itu betul2 makan rumput.kalau ya memang melampau la. secara amnya, saya rasa kes ini dbesarkan kerana murid berkenaan diejek oleh rakan..itu perkara pasti disekolah.
Malah murid darjah 1 pun dah pandai mengejek dan mengeji nama mak dan bapak kawan sehingga menimbulkan pergaduhan.
RELEVEN HUKUMAN DENDA.
1. Mengajar murid supaya tahu dan sedar akan kesalahan diri.
Jika murid tidak menyiapkan kerja sekolah dan tidak dikenakan apa2 tindakan( malah peraturan guru tidak boleh marah murid ), pastinya murid tidak sedar akan ianya adalah kesalahan.
2. Mengajar murid erti tanggungjawab.
apabila dikenakan tindakan, maka murid secara tidak langsung akan berfikir bahawa mereka mempunyai tanggungjawab yang perlu dipikul. secara konteks yang lebih luas, ianya mengajar murid untuk berfungsi dalam masyarakat sebagai insan bertanggungjwab dan berfungsi pada masa depan kelak.
banyak lagi baiknya hukuman tersebut dengan syarat guru itu sedar bahawa hukuman tersebut adalah untuk mengajar bukannya menyakiti atau mendera murid.
saya sendiri sebagia murid, pelajar dan penuntut pada masa dahulu, adalah biasa dikenakan hukuman yang pada masa ini mungkin guru saya dikenakan hukuman penjara, namum semuanya mengajar untuk menjadi diri kita pada masa sekarang.
wahai ibubapa,
renungkan jika guru kita pada masa dahulu tidak marah dan mendenda kita, adakah kita manusia yang sekarang..
sememangnya, ramai mengatakan dunia sudah berubah.saya tak nafikan guru juga melakukan perubahan. kalau dahulu, semua guru kita lihat semacam garang dan hubungan agak terbatas, guru kini boleh dikatakan amat mesra pelajar namum pada keadaan inilah murid mengambil kesempatan untuk tidak endah tentang kerjadan tanggungjawab sebagai murid.
Renungan untuk Ibubapa budiman.
1. PERNAH TAK semak dan tanya anak anda ada atau tidak kerja sekolah. Biasanya memang ada sebab dalam sehari sekurangnya 4 subject diajar, pastinya ada guru yang memberikan kerja rumah.
2. PERNAH TAK tengok buku nota dan latihan anak-anak anda. erhatikan komen guru samada baik atau tidak siap. Dari sini, ibubapa boleh agak sikap anak di sekolah.
3.PERNAH TAK tanya anak apa mereka belajar, buat dan peristiwa di sekolah setiap hari.
4. PERNAH TAK dengar luahan hati anak, kalu ada masalah disekolah tolong datang dengan sikap ingin menyelesaikan bukan mencari siapa salah. Dengar dari banyak pihak terlebih dahulu.
(Ibubapa bersikap begini amat merugikan anak, secara tidak langsung semangat guru untuk mendidik anak anda akan luntur, kan buat lebih2 ibubapa serang guru.)
credit to : www.ohcikgu.com
No comments:
Post a Comment