Nuffnang Adds

SAYA AJAR KAMU SUPAYA LEBIH PANDAI DARI SAYA ATAU SETIDAKNYA SAMA PANDAI DENGAN SAYA DAN KALAU KURANG PANDAI TAK MENGAPA ASALKAN KAMU BERAKHLAK MULIA
FREE TO CLICK

Search This Blog

Friday, February 14, 2014

Kursus Pembangunan Kompetensi Pembangunan Profesionalisme Berterusan (PPB) Tahun 2014


KLIK UNTUK LINK

                                                                 SURAT SIARAN

PENGENALAN PROGRAM

  • Peningkatan Kompetensi Pegawai Perkhidmatan Pendidikan
  • Perubahan pesat dalam bidang pendidikan serta gelombang globalisasi
  • Anjakan Keempat PPPM mentransformasikan profesion keguruan menjadi profesion pilihan
  • PPB menuntut pelaksanaan berdasarkan trend semasa bukannya konvensional
  • Penglibatan PPP secara formal dan tidak formal dalam aktiviti keilmuan secara berterusan sepanjang kerjaya untuk peningkatan pengetahuan, kemahiran, kepakaran dan amalan nilai serta ciri-ciri lain bagi meningkatkan kualiti pendidikan abad ke-21
Matlamat dan Objektif:-
  • Membolehkan PPP membangunkan kompetensi dan potensi ke arah peningkatan kualiti peribadi dan kecemerlangan penyampaian perkhidmatan
Kumpulan Sasaran :-

Kursus adalah ditawarkan kepada kumpulan sasaran berikut:
BilKod KumpulanKumpulan GuruGredTahun Lantikan Gred SemasaBuka Permohonan
(Permohonan Online)
Bulan PelaksanaanCatatan
141SR0910Guru Akademik Sekolah RendahPPS DG412009, 2010FebruariMac - Oktober
241SM091011Guru Akademik Sekolah Menengah
PPS DG41
2009, 2010 dan 2011FebruariMac - Oktober
341SGBK091011Guru Bimbingan dan kaunseling Sepenuh Masa SR dan SMPPS DG412009, 2010 dan 2011FebruariMac - Oktober
441SRXPPLD10Guru Akademik Sekolah Rendah (X-PPLD)PPS DG412010FebruariMac - Oktober
541JS091011Guru Jurulatih Sukan dan Jurulatih SeniPPS DG412009, 2010 dan 2011FebruariMac - OktoberKhas Sekolah Sukan dan Sekolah Seni
644SR1112Guru Akademik Sekolah RendahPPS DG442011 dan 2012Februari/MeiJun- Oktober
744SM1112Guru Akademik Sekolah MenengahPPS DG442011 dan 2012Februari/MeiJun - Oktober

Kursus ini juga hanya ditawarkan kepada kumpulan Guru Akademik/ Guru Kaunseling/ Jurulatih Sukan dan Seni sahaja.

Bagi kumpulan pengurusan (Pegawai di PPD/ JPN/ Guru Besar) adalah tidak termasuk dalam kumpulan ini.





TATACARA PERMOHONAN
  1. Pemohonan boleh dibuat secara online dengan melayari url http://apps.moe.gov.my/abpg/BpgOnline
  2. Permohonan secara individu atau menerusi JPN boleh dibuat mulai
    1 Februari 2014 hingga 28 Februari 2014. 

  3. Ketua Jabatan perlu membuat pengesahan permohonan kursus bermula 
    1 Mac 2014 hingga 8 Mac 2014

    melalui aplikasi yang akan dimaklumkan dan perlu dicetak sebagai rekod.
  4. Sistem membenarkan hanya 3 orang guru sahaja berkursus dalam sesuatu masa bagi setiap sekolah
  5. Sistem akan memaparkan cadangan tarikh pelaksanaan kursus berdasarkan unjuran yang ditetapkan. Pilihan tarikh yang telah memenuhi unjuran akan ditutup secara Automatik. Calon boleh memilih tarikh yang sesuai berdasarkan kekosongan. Calon dicadangkan membuat pilihan tarikh-tarikh yang dicadangkan dan sekiranya memilih 'terbuka', tarikh kursus akan ditetapkan oleh pihak penganjur.
  6. Pihak KPM berhak meminda dan menawarkan kursus berdasarkan keperluan dari masa ke semasa.

  7. Calon perlu mencetak borang permohonan yang telah diisi dan mendapatkan perakuan Ketua Jabatan untuk disimpan sebagai rekod permohonan.

  8. Keputusan tawaran kursus akan dimaklumkan melalui sistem pesanan ringkas (sms) dan surat tawaran perlu dicetak melalui aplikasi yang akan dimaklumkan.

  9. Surat tawaran yang telah dicetak perlu dikemukakan kepada Ketua Jabatan untuk pelepasan mengikuti kursus.

  10. Calon perlu membawa bersama salinan kad pengenalan, Sijil/Diploma Perguruan, Sijil Akademik dan Surat Pengesahan Jawatan yang telah disahkan, serta surat tawaran yang telah dicetak dan disahkan oleh Ketua Jabatan masing-masing semasa menghadiri kursus.

Thursday, February 6, 2014

Review sekolah di Finland

Saya ada terbaca satu artikel bertajuk " What's so great about schools in Finland"
Artikel ini diterbitkan pada jan 2013 yang saya rasa berkaitan dengan sistem yang ada di Malaysia kini.

Dunia kini melihat kepada sekolah yang terdapat di Finland, sebagai satu model yang berjaya. Finland telah dijadikan satu penanda aras bagi contoh model yang berkembang maju, sistem pendidikan inovatif yang memberi penekanan kepada main stakeholder : pelajar
Kenyataannya adalah Finland adalah top three dalam tinjauan PISA. Ada beberapa perkara yang menarik dan boleh kita renungkan bersama samada ianya berlaku di Malaysia atau tidak..

Sebelum itu, ini adalah gambaran kelas yang ditunjukkan


Rasanya kelas dan bilik darjah di negara kita mampu mencapai tahap ini dengan adanya peruntukan.

Ciri yang dinyatakan dalam artikel :

THERE ARE NO PRIVATE SCHOOLS.
"Tujuan utama pendidikan adalah untuk berkhidmat sebagai instrumen menyamakan untuk masyarakat," kata Dr Pasi Sahlberg, Ketua Pengarah Pusat Mobiliti Antarabangsa dan Kerjasama di Kementerian Finland Pendidikan dan Kebudayaan

ALL ADMINISTRATORS HAVE WORKED AS TEACHERS.

"Kami telah dengan sangat berhati-hati memelihara hal pendidikan di tangan pendidik. Ia boleh dikatakan tidak wajar untuk menjadi pentadbiran pendidikan jika dia bukan seorang bekas guru"

"Jika anda mempunyai orang [dalam barisan kepimpinan] dengan tidak mempunyai latar belakang dalam pengajaran, mereka tidak akan mempunyai jenis perhubungan yang diperlukan untuk mentadbir"

THEY DON’T FOCUS ON TESTS.
"Finland tidak percaya anda pasti boleh mengukur intipati pembelajaran," kata Sahlberg Laporan Hechinger. "Anda tahu, salah satu perbezaan yang besar dalam pemikiran tentang pendidikan dan seluruhnya adalah bahawa di Amerika Syarikat ia berdasarkan kepercayaan dalam persaingan. Di negara saya, kita berada dalam pendidikan kerana kami percaya dalam kerjasama dan perkongsian. Kerjasama adalah titik permulaan teras untuk pertumbuhan. "Untuk itu, ujian tidak benar-benar bermula sehingga pelajar adalah" baik ke remaja, "menurut Times.

TEACHING IS A REVERED PROFESSION.
"Profesion keguruan adalah salah satu kerjaya yang paling terkenal di Finland, jadi anak-anak muda mahu menjadi guru," kata Inai Virkkunen, Menteri Finland Pelajaran Laporan Hechinger. "Di Finland, kita berfikir bahawa guru adalah kunci untuk masa depan dan ia sebagai profesi dan sangat penting sebab itu semua, anak-anak muda yang berbakat mahu menjadi guru." Ia wajib untuk guru-guru mempunyai ijazah sarjana, proses yang biasanya mengambil masa lima tahun, dan memerlukan intensif diselia latihan guru.

THEY TRUST TEACHERS.

"Guru-guru di Finland boleh memilih kaedah pengajaran mereka sendiri dan bahan-bahan. Mereka adalah pakar-pakar kerja mereka sendiri, dan mereka menguji murid-murid mereka sendiri, "kata Virkkunen. "Saya rasa ini juga merupakan salah satu sebab mengapa pengajaran adalah satu profesion yang menarik di Finland kerana guru-guru bekerja seperti pakar-pakar akademik dengan murid-murid mereka sendiri di sekolah.

THEY INTEGRATE FOREIGN STUDENTS.

Walaupun Finland terutamanya negara bangsa yang sama, terdapat poket di mana populasi pendatang semakin bertambah, khususnya berhampiran Helsinki, di mana 30 peratus adalah pendatang. "Biasanya, jika kanak-kanak datang dari sistem persekolahan sangat berbeza atau masyarakat, mereka mempunyai satu tahun dalam suasana yang lebih kecil di mana mereka belajar Finland dan mungkin beberapa mata pelajaran lain," kata Virkkunen. "Kami cuba untuk meningkatkan tahap mereka sebelum masuk ke kelas biasa." Sekolah Finland juga cuba untuk mengajar bahasa ibunda pelajar-pelajar pendatang 'sebanyak mungkin. "Ia amat mencabar," katanya. "Saya fikir dalam Helsinki, mereka mengajar 44 bahasa-bahasa ibunda yang berbeza. Kerajaan membayar untuk pelajaran dua jam setiap minggu untuk murid-murid ini. Kami fikir ia adalah sangat penting untuk mengetahui anda sendiri lidah-yang anda boleh menulis dan membaca dan berfikir di dalamnya. Maka ia lebih mudah juga untuk mempelajari bahasa lain seperti Finland atau Inggeris, atau mata pelajaran lain.


Pandangan saya

Jelas sekali, sistem pendidikan Finland atau mana negarapun tidak boleh hanya diambil dan dimasukkan ke dalam sistem pendidikan yang lain. Terdapat terlalu banyak faktor berbeza untuk pemindahan sistem pendidikan ini berlaku. Sebagai contoh paling mudah, enrollment murid ,penduduk Finland adalah hanya kira-kira 5.3 juta. Saya nasihatkan jangan sesekali mencuba kerana ia tidak akan berfungsi kerana pendidikan merupakan sistem yang sangat kompleks." 

Sistem Pentaksiran Berasaskan sekolah nampaknya juga dilaksanakan disini. Kita cuba berubah dari budaya pendidikan yang berteraskan persaingan dimana ada murid rasa tidak suka dibezakan dan malu persaingan.

Kata Sahlberg. "Di negara saya, kita berada dalam pendidikan kerana kami percaya dalam kerjasama dan perkongsian. Kerjasama adalah titik permulaan teras untuk pertumbuhan. "

credit to:
http://blogs.kqed.org/mindshift/2012/01/whats-so-great-about-schools-in-finland/

Antara Kes Berkaitan Guru Dilaporkan oleh Akhbar

KISAH 1

Pelajar mungkin pekak ditampar guru
Pelajar mungkin pekak ditampar guru

Norlaila menunjukkan laporan polis dibuat mengenai kejadian menimpa anaknya, Mohd Jazman.

MARANG - Seorang pelajar sebuah sekolah di sini, berkemungkinan pekak selepas ditampar guru Isnin lalu.
Mohd Jazman Jailani, 15, mendakwa ditampar guru lelaki itu kira-kira jam 11 pagi selepas dia dituduh memancitkan tayar kereta seorang guru perempuan, bersama beberapa murid lain.

Kejadian itu berlaku apabila guru lelaki terbabit mengarahkan dia dan seorang lagi rakannya ke bilik guru untuk disoal siasat berhubung kejadian tersebut.

“Apabila tiba di bilik guru, cikgu itu bertanya mengenai tayar kereta cikgu (perempuan) yang pancit minggu lalu. Saya menafikan saya terlibat.

“Dia tidak percaya dan menampar pipi kiri saya dengan kuat. Telinga saya rasa berdengung sampai sekarang,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Mohd Jazman berkata, dia tidak segera memberitahu ibunya mengenai tindakan guru itu.

Ibunya, Norlaila Jusoh, 41, berkata, dia hanya mengetahui kejadian itu selepas anak keempat daripada tujuh beradik itu bangun tidur kira-kira jam 5 petang hari tersebut dan mengadu sakit telinga.

“Saya membawa anak ke Klinik Kesihatan Gong Balai, di sini, sebelum ke Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) di Kuala Terengganu untuk pemeriksaan lanjut. Doktor mengesahkan terdapat kecederaan pada gegendang telinganya,” katanya.

Keluarga Mohd Jazman membuat aduan di Balai Polis Merchang.

Ketua Polis Daerah Marang, Deputi Superintendan Ahmad Mazlan Yahaya, ketika dihubungi semalam, mengesahkan menerima laporan dan kes sedang disiasat.

 ___________________  


KISAH 2

Murid dakwa ditampar guru
Oleh : MOHD FIRDAUS YON
Tarikh : November 21, 2011
Murid dakwa ditampar guru
JOHOR BAHRU - Ibu bapa kepada seorang murid tahun lima dari Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) sekitar kawasan Skudai, di sini, membuat laporan polis selepas tidak berpuas hati dengan tindakan seorang guru menampar anak lelaki mereka.
Laporan polis itu dibuat di Balai Polis Taman Ungku Tun Aminah, di sini, 16 November lalu, selepas diberitahu anak tunggal mereka itu ditampar sebanyak lapan kaki di pipi sehingga cermin mata dipakai tertanggal, jatuh dan pecah.
Suri rumah, A Rukumani, 49, berkata, sebagai ibu bapa, tindakan guru kelas menampar anak lelaki mereka, S Sri Viknesh, 11, di pipi kiri dan kanan tidak boleh diterima.
“Pada 16 November lalu sekitar jam 1 petang, saya menjemput Viknesh dari sekolah. Ketika bertemu dia, saya bertanya di mana cermin mata yang dipakai.
“Dia (Viknesh) memberitahu cermin matanya pecah gara-gara ditampar guru kelas dan mahu sembunyikan daripada pengetahuan saya.
“Saya kemudiannya diberitahu oleh Viknesh bahawa guru terbabit menampar dia kerana tidak mengaku selepas dituduh menconteng kad laporan kemajuan miliknya pada bahagian tandatangan guru besar,” katanya kepada Sinar Harian ketika ditemui di Pejabat DAP Taman Nesa, Skudai, di sini, semalam.
Menurutnya, Viknesh didakwa mula dituduh oleh guru kelas terbabit pada 15 November lalu dan masalah itu turut dibawa ke pengetahuan guru besar.
“Dia dipukul di hadapan rakan sekelas selepas enggan mengaku berbuat sedemikian walaupun dipaksa oleh guru terbabit. Saya sendiri sudah cuba selesaikan masalah ini dengan pengurusan sekolah.
“Saya fikir hal ini sudah diselesaikan hasil pertemuan dengan guru besar dan guru terbabit pada 15 November.
“Bagaimanapun, tidak disangka apabila keesokan harinya, Viknesh terus ditekan supaya mengaku sehinggalah ditampar empat kali di pipi kiri dan empat kali di pipi kanan,” katanya.
Rukumani berkata, berang dan tidak berpuas hati dengan tindakan guru terbabit, dia segera membuat laporan polis supaya siasatan dibuat.
“Saya diberitahu oleh murid-murid lain bahawa kad laporan kemajuan kelas Viknesh diisi oleh dua murid yang dilantik oleh guru terbabit.
“Jadi, dalam soal ini, saya bukan mahu menuduh atau mengheret dua murid berkenaan. Cuma lebih baik sekiranya pihak pengurusan sekolah turut bertanya kepada dua murid ini.
“Ini tidak, bila saya mahu membawa dua murid yang diberikan bertanggungjawab mengisi markah kad laporan kemajuan oleh guru terbabit, guru besar menolak cadangan diberikan,” katanya.
Justeru, katanya, pihak berkuasa perlu bertindak dengan menjalankan siasatan ke atas guru terbabit, manakala pengurusan sekolah harus berlaku adil ke atas Viknesh.
Sementara itu, Pengerusi DAP Cawangan Taman Nesa, S Kogilavani berkata, pihaknya akan menghantar surat aduan kepada Pejabat Pelajaran Daerah, Jabatan Pelajaran Negeri dan Kementerian Pelajaran bagi mendapatkan pembelaan bagi keluarga Viknesh.

_____________________  

KISAH 3

GILIRAN BAPA MURID DITAMPAR GURU

Oleh  pada 21 Jun, 2013 |

Bapa_GuruKali pertama membaca berita ini rasa nak tergelak juga, yelah biasanya kita dengar murid yang ditampar guru, kali ini bapa murid juga yang kena. Naik angin benar guru tersebut.
Seorang bapa mendakwa ditampar seorang guru di pekarangan sebuah sekolah di Seremban 2 sewaktu nak mengambil anaknya pulang.
K. N Balasantheran, 45, juga mendakwa hampir dibaling batu bata dan diugut akan dicederakan di luar sekolah oleh guru berkenaan hanya kerana mahu penjelasan tindakannya sering memukul anaknya di sekolah. Ia berlaku 13 Jun lalu.
“Dalam kejadian kira-kira 1.30 petang Khamis lalu, saya datang ke sekolah untuk menjemput dua anak saya termasuk seorang perempuan yang bersekolah di sekitar Seremban 2.
“Sebaik saja tiba, anak lelaki saya yang berumur 9 tahun mengadu terdapat seorang guru lelaki di sekolah itu memarahinya dengan perkataan tidak sepatutnya seperti ‘binatang’ dan ‘lembu’,” katanya.
“Dalam perbualan kami, cikgu itu memberitahu saya supaya tidak masuk campur dengan hal sekolah kerana ia melibatkan pelajar sahaja. Tapi, saya tak puas hati dengan jawapan itu kerana cikgu itu menghina anak saya depan kawan-kawannya.
“Saya terus desak cikgu itu memberi penjelasan tapi tiba-tiba dia terus menampar muka saya. Dia juga mengambil seketul batu dari pasu bunga untuk memukul saya, namun sempat dihalang beberapa ibu bapa yang turut berada di situ,” katanya pada sidang media di Pejabat Adun Bukit Kepayang, Cha Kee Chin. – SinarHarian
Peguam A. Partheeban turut bersama. Balasantheran yang tergolong dalam golongn OKU kerana masalah mata berkata, kejadian berlaku di hadapan dua anaknya serta beberapa penjaga murid yang datang untuk mengambil anak mereka di sekolah.
“Akibat kejadian itu, anak saya kini trauma dan takut pergi sekolah, malah demam akibat terkejut dengan apa yang berlaku,” katanya. Dia juga sudah membuat laporan di Balai Polis Seremban pada hari sama.
Juga kena bertanyalah guru terbabit kenapa dia bertindak sedemikian. Mungkin disebabkan PBS, dia dah ‘mentel’.

_____________________ 

KISAH 4

Murid dipukul guru besar hingga cedera
  • Murid dipukul guru besar hingga cedera
 1 / 1 
SEGAMBUT – Akibat ditampar dan ditendang oleh seorang guru matematik yang juga guru besar sekolah, seorang murid tahun lima mendakwa mengalami gegaran otak.
Bapa mangsa S. Saravanan, 40, berkata, dia dimaklumkan secara lisan oleh doktor dari Bahagian Neurologi, Hospital Kuala Lumpur yang memeriksa anaknya selepas ditahan dua hari di wad kerana muntah-muntah selepas insiden itu.
Dalam kejadian 3 April lalu, pipi anaknya, S. Suryakaran, 11, ditampar dan kaki kirinya disepak hingga terjatuh serta kepala terhantuk pada kerusi kerana tertinggal buku latihan.
Justeru, satu laporan polis berhubung tindakan guru itu terhadap anaknya dibuat di Balai Polis Jinjang.
“Saya kecewa, setakat ini tiada wakil pihak sekolah datang ke rumah atau bertanya khabar tentang keadaan Suryakanan.
“Apa jaminan anak saya akan sembuh dan tiada kecederaan sampingan. Saya harap Kementerian Pelajaran campur tangan,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.
Katanya, dia kini hilang pekerjaan selepas tidak datang bekerja selama tiga hari kerana menjaga Suryakaran.
Apa yang dikesalinya, insiden berlaku pada jam 9 pagi tetapi dia mengetahuinya pada kira-kira jam 1 petang.
Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Zakaria Pagan berkata, kes itu disiasat di bawah Seksyen 324 kanun keseksaan.
 ______________________-

KISAH 5





Murid Orang Asal Ditampar Kerana Tidak Baca Doa

Arahan tutup mulut kes tampar murid Orang Asal?
Koh Jun Lin
Malaysiakini Okt 29 2012
Kemungkinan terdapat arahan tutup mulut dikeluarkan terhadap pelajar SK Bihai di Pos Bihai, dekat Gua Musang, Kelantan berhubung pengajaran agama yang diterima mereka, dakwa seorang ibu bapa.
Pengerusi Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) SK Bihai Arom Asir berkata, sehingga kini pelajar kekal diam daripada memperkatakan insiden dakwaan empat murid Orang Asli yang ditampar kerana tidak membaca doa.
“Mungkin guru juga diberi amaran untuk tidak memberitahu ibu bapa mereka apabila pulang ke rumah. Itu apa yang saya syak,” kata Arom.
Beliau memberitahu Malaysiakini semalam bahawa beliau mengesyaki ada yang tidak kena tetapi ibu apa tidak menyedarinya sehinggalah insiden itu berlaku.
Arom juga mendakwa, selepas ibu bapa tampil mengadu, guru itu didakwa mempertahankan tindakan itu sebagai haknya sebagai guru.
Sekumpulan ibu bapa pada 25 Oktober lalu membuat laporan polis terhadap guru di SK Bihai kerana didakwa menampar anak mereka yang tidak membaca doa makan walaupun bukan Islam.
Malaysiakini cuba menghubungi SK Bihai untuk mendapatkan reaksinya.
Sementara itu Jabatan Hal Ehwal Orang Asli (JHEOA) pula ketika dihubungi berkata belum ada laporan dibuat kepada mereka dan sedang mengumpul maklumat tentang perkara itu. –Malaysia Kini

_________________ 


 KISAH 6

ISNIN, 17 DISEMBER 2012


SPRM ambil kenyataan bapa murid Orang Asli ditampar




Bapa empat orang murid SK Bihai yang ditampar pada 23 Oktober kerana tidak membaca doa sebelum makan, telah memberi kenyataan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Dua pegawai SPRM mengunjungi kampung Orang Asli tersebut di Pos Pos Bihai, Selasa lepas berikutan dakwaan bahawa guru-guru sekolah tersebut cuba merasuah mereka supaya menarik balik laporan polis berhubung kejadian berkenaan.

"Mereka mahu tahu jika kami meminta rasuah atau sama ada pihak sekolah yang menawarkan rasuah.
Wakil kampung tersebut, Arom Asir berkata pihaknya memberitahu pegawai berkenaan bahawa bukan mereka (bapa murid) yang minta rasuah.
NONE"... dan pegawai-pegawai berkenaan berpuas hati," kata Arom (kanan) ketika ditemui di Kampung Tenrik, di lokasi sekolah tersebut, dalam pusat pentadbiran Pos Bihai , berhampiran Gua Musang di Kelantan.
Arom yang juga timbalan pengerusi Persatuan Ibu Bapa dan Guru SK Bihai, turut menemani bapa murid-murid berkenaan apabila kenyataan mereka direkodkan.

Awal bulan ini, bapa murid-murid berkenaan - Hassan Achoi, 34; Atar Pedik, 38 dan Along, 49 - merentasi perjalanan selama tiga jam ke Gua Musang dari kampung pedalaman mereka untuk membuat laporan polis berhubung dakwaan cubaan rasuah tersebut.

Mereka mendakwa guru-guru dari sekolah terkenaan, telah menawarkan kepada mereka RM300 tiap seorang pada 7 November lalu, supaya menarik balik laporan polis terhadap guru-guru yang telah menampar anak-anak perempuan mereka kerana tidak membaca doa.

_________________  

  KISAH 7


CIKGU YANG MELAMPAU | PEKAK DITAMPAR CIKGU KETIKA SOLAT

Cikgu Yang Melampau | Pekak Ditampar Cikgu Ketika Solat | Ipoh : Seorang pelajar tingkatan dua disahkan pekak telinga kirinya akibat ditampar seorang guru wanita selepas mangsa didakwa tidak khusyuk dan mengganggu rakan lain ketika solat berjemaah di surau sekolahnya. 
Cikgu Yang Melampau | Pekak Ditampar Cikgu Ketika Solat
Kejadian pada Selasa lalu itu menyebabkan mangsa, Nur Alif Suliman, 14, mengalami pendarahan selain gegendang telinganya disahkan berlubang oleh doktor pakar yang merawatnya.

Mangsa yang ditemui di rumahnya di Kampung Bakar Bata, Tambun, di sini, berkata, kejadian berlaku jam 6.30 petang ketika mangsa bersama rakan lain menunaikan solat Asar di surau sekolah.

“Ketika itu saya bersolat di saf belakang. Pada masa sama terdapat beberapa pelajar lain membuat bising dan bermain-main ketika bersembahyang di saf hadapan.

“Tiba-tiba muncul seorang guru wanita dari arah belakang mencubit tubuh saya. Saya memaling muka ke belakang dan guru itu terus menampar telinga kiri saya dengan kuat,” katanya. – Metro
________________  

KISAH 8

Guru sekolah didakwa cederakan murid
BANDARAYA MELAKA - Seorang guru agama sebuah sekolah rendah di sini berdepan tindakan tegas selepas dia didakwa mengasari enam muridnya.

Guru berkenaan turut didakwa menyebabkan kecederaan kepada salah seorang daripada muridnya itu apabila membaling segumpal kunci dan mengenai bahagian sulit murid terbabit akibat berang kerana murid terbabit tiba lewat untuk kelasnya minggu lalu.

Difahamkan, ibu salah seorang daripada murid berkenaan membuat laporan polis sejurus dimaklumkan mengenai kejadian itu oleh anaknya.

Exco Pendidikan, Sains dan Teknologi, Teknologi Hijau dan Inovasi, Datuk Md Yunos Husin berkata, bahagian bahu murid berkenaan juga didapati mengalami bengkak akibat didakwa dikasari guru terbabit.

"Pertemuan sudah diadakan dengan enam murid berkenaan. Tindakan guru ini adalah suatu yang tidak boleh diterima sama sekali. Dia tidak sepatutnya bertindak sedemikian hanya kerana isu remeh.

“Jabatan sudah menjalankan siasatan selepas satu laporan dibuat ibu mangsa dan hasil siasatan, tindakan tegas diambil terhadap guru terbabit,” katanya.

Bagaimanapun, Md Yunos enggan mengulas bentuk tindakan diambil terhadap guru berkenaan.
-------------------------
KISAH 9

Kes guru tampar murid selesai

  • Isu guru tampar murid selesai
 1 / 1 
SEGAMBUT – Kes tampar dan tendang murid tahun lima Sekolah Kebangsaan Segambut selesai apabila ibu bapa dan guru terbabit berdamai dalam satu pertemuan di rumah murid berkenaan, kelmarin.

Pertemuan yang diatur Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) sekolah berkenaan itu berakhir apabila kedua-dua belah pihak ibu bapa dan guru besar terbabit menarik balik laporan polis dibuat berhubung insiden yang berlaku.

Bapa murid itu, S Saravanan, 40, berkata, pihaknya memaafkan guru terbabit di atas apa yang berlaku dan berharap kejadian terbabit tidak akan berulang.

“Saya maafkan guru itu dan saya juga berbesar hati apabila diberitahu PIBG akan bertanggungjawab jika anak saya mengalami masalah kesihatan sampingan disebabkan insiden itu,” katanya.

Menurutnya, anaknya S Suryakaran kini beransur pulih dan sihat seperti sediakala selepas mendapatkan rawatan hospital.

Dalam pertemuan itu, PIBG turut memberikan sumbangan berupa ubat-ubatan serta wang tunai bagi meringankan beban keluarga itu.

Sementara itu, Ahli Jawatankuasa PIBG, Rashid Yaakob berkata, tujuan pihaknya campur tangan adalah untuk menyelesaikan kes berkenaan.

“Ini antara tanggung jawab PIBG itu menyelesaikan masalah ini dan kami berharap juga jika ada masalah membabitkan guru dan murid ini, ibu bapa atau penjaga murid berkenaan boleh membuat aduan kepada kami,” katanya.

___________________-

KISAH 10


Trauma didera guru matematik

  • Trauma didera guru matematikSalim bersama anaknya yang ditampar guru, Amir Haziq.
 1 / 1 
PORT DICKSON – Segelintir ibu bapa murid sebuah sekolah dekat sini mendakwa anak mereka didera seperti ditendang, disepak dan dicubit oleh guru sehingga menimbulkan rasa trauma.

Seorang ibu, Norazah Mohamad Akhtar, 32, berkata, anaknya mula menerima perlakuan tidak munasabah guru yang mengajar subjek matematik pada minggu pertama sesi persekolahan tahun ini.

Menurutnya, anaknya yang baru darjah satu mengadu bahawa gurunya memukul dan melakukan kekerasan kepada tanpa sebarang sebab serta alasan.

"Pada awalnya saya tidak percaya namun setelah melihat sendiri kesan lebam di kaki dan aduan daripada ibu bapa rakannya lain yang menyaksikan kejadian itu menyebabkan saya menyelidik perkara tersebut.

"Bimbang akan perkara yang diadu anak menyebabkan kami bersama ibu bapa lain sanggup bergilir-gilir menunggu anak kami di bilik darjah sewaktu proses pembelajaran matematik dijalankan guru tersebut," katanya.

Norazah berkata, aduan sudah pun dibuat kepada pihak sekolah, malah Guru Besar turut memerhatikan kelas berkenaan.

"Pemerhatian yang dilakukan ibu bapa bermula Januari sehingga beberapa bulan kemudian didapati keadaan masih terkawal namun sebaik sahaja kami tidak lagi berbuat demikian, guru tersebut kembali melakukan kekerasan," katanya.

Katanya, anaknya trauma dengan apa yang berlaku dan mula tidak mahu hadir ke sekolah jika hari berkenaan ada jadual mata pelajaran matematik.

"Atas nasihat ramai pihak, akhirnya saya bertindak menukarkan anak saya ke sekolah lain di Lukut.

"Bagaimanapun, dia masih trauma untuk ke sekolah. Mujur guru di sekolah baru memberikan kerjasama baik bagi membantu memulihkan anak saya," katanya.

Malah, katanya, dia juga ada membuat laporan di Balai Polis Lukut selain melakukan pemeriksaan doktor ke atas anaknya serta laporan kepada Pejabat Pelajaran Daerah.

"Tetapi saya tidak tahu sejauh mana tindakan yang diambil pihak berkenaan mengenai aduan saya ini. Yang pasti guru berkenaan sehingga kini masih lagi mendera murid di sekolah itu," katanya.

Sementara menurut Salim Putih, 58, berkata, sebelum ini anaknya ada mengadu dicubit guru berkenaan namun dia hanya bersangka baik.

"Namun setelah anak saya ditampar hampir tujuh kali di kedua pipinya hanya kerana melakukan kesilapan pada kerja matematiknya menyebabkan saya membuat aduan kepada Pejabat Pelajaran Daerah.

"Salah seorang pegawainya berjanji akan bertemu dengan saya pada Isnin ini (esok) bagi membincangkan perkara ini dan mencari jalan penyelesaian," katanya.

Manakala, bagi Noruliza Abdullah, 33, berkata, ibu bapa murid ada bertemu sendiri dengan guru berkenaan dan walaupun sudah ditegur dia tetap dengan sikapnya itu.

"Cadangan menukarkan guru berkenaan ke kelas darjah dua pun tidak bertahan lama atas alasan kesukaran rombakan jadual.

"Kami ibu bapa murid di sini amat berharap agar akan ada tindakan proaktif daripada pihak berkenaan agar masa depan anak kami tidak terjejas," katanya.

Sinar Harian difahamkan, guru matematik itu baru mengajar ke sekolah berkenaan sejak dua tahun lalu selepas berpindah dari sebuah sekolah di Port Dickson.

_______________________

Saya membaca semua kisah di atas dengan penuh rasa sedih..
Kenapa ini terjadi??


Siapa berniat bersara awal ...

Siapa ada niat nak bersara awal..kekadang rasa jugak..contohnya hari ini...
Foto Ismail Mat Sulaiman.

PELAN STRATEGIK PANITIA PENDIDIKAN JASMANI 2014

Kalau saper berminat bolehlah view..

Pelan Strategik Badan Disiplin 2014..

ini antara contoh pelan strategik yang masih belum dimurnikan lagi..semoga menjadi panduan kepada warga pendidik 

Sunday, February 2, 2014

BAIK JAGA ANAK SENDIRI DARI JAGA ANAK ORANG LAIN

Isu berkaitan profesion ni xabis2, ssemua nak tunjuka pandai dan bijak..saya tertarik tentang satu komen

" ibubapa masa kini amat sibuk mencari rezeki untuk anak2 sehingga kurangnya perhatian kepada anak anak, apabila ada satu isu yang berlaku kepada anak2, rasa bersalah mungkin akan timbul dalam diri mereka. bagi menzahirkan bahawa mereka bertindak untuk marah sekolah, guru dan sebagainya bagi menunjukkan bahawa mereka mengambil berat tentang anak anak mereka."






wahai ibubapa. guru adalah insan bergelar manusia juga. ada hati dan perasaan. sekarang ini di kalangan guru ada satu ayat yang kurang kena pada profesion tapi ada betulnya

" jaga diri dan anak sendiri lebih baik dari jaga anak orang"

Ada betulnya, kalu kita amik berat pasal anak orang, cuba bentuk dan didik, hukum atas niat mendidik

 tetiba..
1. diserang oleh ibubapa.
2. dikenakan surat tunjuk sebab.
3. dikenakan tatatertib.
4. ditukarkan sekolah.
5. digantung kerja.
6. didakwa
7. dibuang kerja.

fikirkanlah wahai warga dunia sementara



Saturday, February 1, 2014

BIAR GAMBAR BERBICARA

SAYA PALING SUKA LIHAT GAMBAR ANIMASI MACAM NIE..
DALAM KETAWA TAPI SINDIRAN AMAT KUKUH DAN JELAS

Hukuman Untuk Guru Denda Murid

KENYATAAN OLEH KETUA PENGARAH PELAJARAN MALAYSIA BERKAITAN GURU MENDENDA MURID KERANA TIDAK MENYEMPURNAKAN KERJA SEKOLAH DI SJKC KHAI MENG, SUNGKAI, PERAK

26 January 2014  

Pagi nie baru terbuka dan terbaca kenyataan KPM yang sebelum nie didengar melalui media massa.

Sebagai seorang guru, saya terdetik untuk menyuarakan rasa dan pandangan dari aspek seorang guru. Bukanlah nak menyebelahi mana- man pihak tapi melihat kepada situasi pro dan kontra..

Pada saya, tindakan itu ada wajar dan tidaknya. Memberikan hukuman pada murid yang tidak siapkan kerja sekolah adalah wajar namum betulkah murid itu betul2 makan rumput.kalau ya memang melampau la. secara amnya, saya rasa kes ini dbesarkan kerana murid berkenaan diejek oleh rakan..itu perkara pasti disekolah.
Malah murid darjah 1 pun dah pandai mengejek dan mengeji nama mak dan bapak kawan sehingga menimbulkan pergaduhan.

RELEVEN HUKUMAN DENDA.
1. Mengajar murid supaya tahu dan sedar akan kesalahan diri.
    Jika murid tidak menyiapkan kerja sekolah dan tidak dikenakan apa2 tindakan( malah peraturan guru tidak boleh marah murid ), pastinya murid tidak sedar akan ianya adalah kesalahan.

2. Mengajar murid erti tanggungjawab.
    apabila dikenakan tindakan, maka murid secara tidak langsung akan berfikir bahawa mereka mempunyai       tanggungjawab yang perlu dipikul. secara konteks yang lebih luas, ianya mengajar murid untuk berfungsi       dalam masyarakat sebagai insan bertanggungjwab dan berfungsi pada masa depan kelak.


banyak lagi baiknya hukuman tersebut dengan syarat guru itu sedar bahawa hukuman tersebut adalah untuk mengajar bukannya menyakiti atau mendera murid.

saya sendiri sebagia murid, pelajar dan penuntut pada masa dahulu, adalah biasa dikenakan hukuman yang pada masa ini mungkin guru saya dikenakan hukuman penjara, namum semuanya mengajar untuk menjadi diri kita pada masa sekarang.

"cuba kita ingat semula murid-murid zaman dulu, dah pernah DENDA lagi teruk berbanding murid-murid zaman sekarang. Kena terajang dengan guru, kena ikat kat pokok, kena jalan itik keliling padang dan macam-macam lagi. Saya sendiri, setakat kena lempang dan tarik side burn sampai putus rambut, siap kena jalan itik keliling blok lagi. Pendek kata, ngeri balik bila fikir semua itu. Tapi saya tahu, itu silap saya. Saya yang buat salah. Saya yang tak dengar nasihat guru saya. Saya yang SENDIRI cari pasal. Jadi, saya terima denda dan hukuman itu seadanya walaupun hati memang marah yang amat dan menyumpah-nyumpah guru itu."

wahai ibubapa, 
renungkan jika guru kita pada masa dahulu tidak marah dan mendenda kita, adakah kita manusia yang sekarang..

sememangnya, ramai mengatakan dunia sudah berubah.saya tak nafikan guru juga melakukan perubahan. kalau dahulu, semua guru kita lihat semacam garang dan hubungan agak terbatas, guru kini boleh dikatakan amat mesra pelajar namum pada keadaan inilah murid mengambil kesempatan untuk tidak endah tentang kerjadan tanggungjawab sebagai murid.

Renungan untuk Ibubapa budiman.

1. PERNAH TAK  semak dan tanya anak anda ada atau tidak kerja sekolah. Biasanya memang ada sebab dalam sehari sekurangnya 4 subject diajar, pastinya ada guru yang memberikan kerja rumah.
2. PERNAH TAK tengok buku nota dan latihan anak-anak anda. erhatikan komen guru samada baik atau tidak siap. Dari sini, ibubapa boleh agak sikap anak di sekolah.
3.PERNAH TAK tanya anak apa mereka belajar, buat dan peristiwa di sekolah setiap hari.
4. PERNAH TAK dengar luahan hati anak, kalu ada masalah disekolah tolong datang dengan sikap ingin menyelesaikan bukan mencari siapa salah. Dengar dari banyak pihak terlebih dahulu.
(Ibubapa bersikap begini amat merugikan anak, secara tidak langsung semangat guru untuk mendidik anak anda akan luntur, kan buat lebih2 ibubapa serang guru.)

credit to : www.ohcikgu.com

Meggi...

check gambar nie...

sapa yang suka makan meggi...
terutamanya murid dan penuntut...
cikgu - cikgu pun rasanya ramai hantu meggi
READ MORE - KLIK ON PIC

PILIHAN TIDAK DIRESTUI


APA YANG BOLEH GURU BUAT JIKA MURID GAGAL PATUHI PERATURAN SEKOLAH


KEMASKINI EPANGKAT

KLIK GAMBAR UNTUK LINK

SILA KEMASKINI SISTEM E PANGKAT..

Untuk makluman, Iklan Urusan Pemangkuan Gred DG41 ke Gred DG44 Bidang Umum/Teknikal/Pendidikan Islam akan disiarkan pada Bulan Februari 2014. Sehubungan dengan itu, Ketua Jabatan adalah dipohon supaya melaksanakan pengemaskinian terkini maklumat PPP di bawah pentadbiran masing-masing. Manakala bagi PPP pula dipohon supaya menyemak kembali maklumat-maklumat yang telah dikemaskini oleh Ketua Jabatan bagi memudahkan urusan yang akan dilaksanakan kelak.   





Nuffnang Adds