Sebagai warga pendidik adalah amat perlu memahami perlaksanaan PBPPP yang mana terdapat banyak kelebihan sepertimana yang dikatakan namum kita juga perlu melihat dengan mata hati dan memadankan dengan situasi sekeliling dimana ketirisan yang mungkin berlaku dapat sama-sama kita perbaiki. Dibawah ini terdapat beberapa maklumat awal dan memaklumat selanjutnya ada disini
PTK digantikan dengan
penilaian baharu yang lebih memfokus kepada elemen pembangunan kompetensi
berasaskan gred dan jawatan serta mengambil kira keunikan pelbagai skim
perkhidmatan. Untuk memastikan ia relevan, ketua perkhidmatan atau ketua
jabatan diberi fleksibiliti dalam menentukan kaedah penilaian di dalam jabatan
masing-masing berdasarkan garis panduan yang sedang disediakan oleh JPA”
Dato’ Sri Mohd Najib Bin Tun Abdul Razak
YAB Perdana Menteri Malaysia
Majlis Perdana Perkhidmatan Awam ke-12
21 Mac 2011
Inilah halatuju yang dinyatakan dalam PB3P. Sistem ini telah mula digunakan sebagai percubaan dan akan digunakan sepenuhnya pada 2015.
Hasrat PBPPP dibangunkan adalah untuk menggantikan beberapa penilaian sedia ada di KPM digabungkan menjadi satu instrumen penilaian untuk kepelbagaian penggunaan.