Nuffnang Adds

SAYA AJAR KAMU SUPAYA LEBIH PANDAI DARI SAYA ATAU SETIDAKNYA SAMA PANDAI DENGAN SAYA DAN KALAU KURANG PANDAI TAK MENGAPA ASALKAN KAMU BERAKHLAK MULIA
FREE TO CLICK

Search This Blog

Tuesday, April 29, 2014

pertandingan power root

nak dapatkan sejuta..

follow 3 langkah mudah
1. beli atau cari power root produk
2. bergambar secara kreatif dengan produk
3. post kepada power root melalui sosila network 

NOVEL ONLINE

sebagai salah seorang peminat novel...
di sini saya nak kongsikan satu laman yang beleh peminat novel mengakses..

have a look
http://www.penulisan2u.my/

p/s : saya layan ramli awang murshid sahaja

SEJARAH PERKEMBANGAN PENDIDIKAN MALAYSIA



1) ZAMAN PENJAJAHAN BRITISH

a) Sistem Pendidikan Vernakular

Sistem pendidikan Inggeris mula diperkenalkan di Penang Free School (1816) dan hanya menawarkan peringkat rendah dan peringkat menengah.

b) Sistem Pendidikan Melayu

Sistem pendidikan yang pada peringkat awal hanya menekankan kepada Al-Quran, asas membaca, menulis dan mengira. Pembelajaran di teruskan ke peringkat lebih tinggi sekiranya ada pelajar yang berhasrat menyambung pelajaran. Pada abad ke 19, wujud sekolah melayu yang lebih bertujuan untuk melahirkan nelayan dan petani yang lebih baik berbanding terdahulu. Namun, pembelajaran hanya dihadkan kepada 4 tahun sahaja. Menumpukan lebih kepada aspek membaca, menulis, mengira dan menganyam. Contoh sekolah awal yang wujud :

i) Sekolah Melayu Tasek Belanga (1856)
ii) Sekolah Melayu Penaga, Sekolah Melayu Permatang Pauh, Sekolah Melayu Bukit Tambun (1863)
iii) Sekolah Melayu Kuala Kangsar, Sekolah Melayu Batu Gajah (1884)

Pada abad ke 20, Malay College Kuala Kangsar (MCKK) wujud daripada English Grammar School (1905) yang hanya dihadkan kepada golongan elite. Kewujudan ini bertujuan untuk membantu orang melayu memegang jawatan rendah dalam kerajaan seperti polis, kerani, pelayan pejabat dan sebagainya.

c) Pendidikan Cina

Sistem pendidikan cina mengambil kurikulum yang berorientasikan dari Negara China. Ini termasuk buku teks dan tenaga pengajar dari negara tersebut. Pada 1924, pendidikan cina telah mendapat bantuan daripada kerajaan.

d) Pendidikan Tamil
Ianya dilaksanakan di ladang-ladang getah dimana ramai kaum India tinggal. Sama seperti pendidikan cina, sukatan diambil daripada negara asal iaitu India. Ia menitikberatkan kepada membaca, menulis dan mengira (3M).

2) LAPORAN-LAPORAN PENDIDIKAN

a) Laporan Barnes (1950)

Antara syor-syor dalam Laporan Barnes adalah :

i) menubuhkan satu corak sukatan rendah
ii) memansuhkan sistem vernakular dan digantikan dengan Sekolah Kebangsaan
iii) Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris dijadikan bahasa pengantar utama
iv) Tempoh bersekolah diseragamkan menjadi 6 tahun
v) Pendidikan adalah percuma untuk semua

b) Laporan Fenn-Wu (1951)

Syor-syor dalam laporan ini :
i) Penggunaan Bahasa Melayu, Bahasa Cina dan Bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar utama
ii) Menyokong untuk menggubal sistem pendidikan kebangsaan
iii) Sekolah cina di kekalkan tetapi sukatan disesuaikan denga persekitaran masyarakat tempatan.

c) Ordinan Pelajaran 1952

Ciri-ciri penting yang terkandung dalam ordinan ini ialah :

i) Sekolah Kebangsaan diperkenalkan dengan dwibahasa secara beransur-ansur melalui kelas bahasa kebangsaan.
ii) Menghadkan kemasukan pelajar ke Sekolah Inggeris
iii) Mengembangkan Sekolah Menengah Vokasional

Namun begitu, ianya tidak dapat dilaksanakan kerana kemelesetan ekonomi pada waktu itu.

d) Laporan Razak (1956)
Merupakan ciri penting yang menjadi asas pembentukan Dasar Pendidikan Kebangsaan:

i) hasrat membentuk satu sistem pendidikan bagi semua kaum
ii) hasrat menjadikan Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar utama
iii) hasrat mengadakan kurikulum alam sekelilin dan sukatan sama isi kandungannya
iv) memperkukuh sistem pendidikan kebangsaan dengan sistem peperiksaan yang sama bagisemua pelajar

Syor-syor dalam Laporan Razak :

i) Menubuhkan 2 jenis sekolah iaitu Sekolah Rendah dan Sekolah Menengah
ii) Menukar sekolah yang ada kepada sekolah umum dengan Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar utama
iii) Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris sebagai matapelajaran wajib
iv) Menubuhkan satu jenis Sekolah Menegah Kebangsaan
v) Mengorientasikan semua sekolah ke arah Tanah Melayu dengan sukatan dan jadual waktu yang sama
vi) Memupuk perkembangan bahasa kebangsaan dan meningkatkan pengetahuan rakyat

e) Laporan Rahman Talib (1960)

Syor-syor dalam laporan ini :
i) Memberi pendidikan rendah percuma
ii) Naik darjah secara otomatik sehingga ke Tingkatan 3
iii) Mewujudkan Peperiksaan Penilaian Darjah
iv) Memperbaiki mutu pendidikan di sekolah vernakula
v) Meningkatkan sekolah-sekolah teknik dan vokasional
vi) Menubuhkan Jemaah Nazir
vii) Menjadikan Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar utama
viii) Penggunaan bahasa rasmi dalam peperiksaan awam
viv) Menyediakan program latihan guru
x) Menyediakan pengajaran agama dan sosial

f) Laporan Kabinet 1979


Jawatankuasa ini ditubuhkan pada 1974 bertujuan untuk mengkaji pelaksanaan Dasar Pendidikan Kebangsaan. Tugas-tugasnya meliputi :

i) Meneliti matlamat dan kesan sistem pendidikan
ii) Memastikan keperluan tenaga rakyat dan negara dipenuhi
iii) Melahirkan masyarakat bersatu padu, displin dan terlatih

Syor-syor dalam laporan ini :

i) Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar utama. Bahasa Inggeris wajib diajar.
ii) Kurikulum dan peperiksaan yang sama dan berorientasikan Malaysia.
iii) Peluang pendidikan asas selama 9 tahun
iv) Kewujudan KBSR dan KBSM
v) Wujudkan pelbagai kemudahan pendidikan di universiti dan menggalakkan kegiatan ko-kurikulum



CREDIT TO


http://dihujungpen.blogspot.com/2013/01/sejarah-perkembangan-pendidikan-di.html

Sunday, April 27, 2014

teknik menjawab soalan sains sekolah rendah


Bahagian A

4 langkah utama :

1.      Pastikan anda membaca soalan sekali lalu. Pastikan anda tahu apa yang disoal.

2.      Baca sekali lagi dan tandakan kata kunci soalan.

3.      Tentukan tajuk yang disoal.

4.      Abaikan jawapan pengganggu.


Bahagian B

5  langkah utama :


1.      Pastikan anda membaca soalan sekali lalu. Pastikan anda tahu kehendak soalan.

2.      Baca sekali lagi dan tandakan kata kunci soalan.

3.      Tentukan dan tuliskan  pemboleh ubah ( variables) dalam soalan tersebut.

4.      Tentukan tajuk yang disoal.

5.      Tulis jawapan mengikut format jawapan yang betul.


-->
MAKING INFERENCE/ MEMBUAT INFERENS

Using information from observations to make reasonable early conclusions.
Menggunakan data dari pemerhatian untuk membuat penerangan awal.

Making various possible interpretations from single observation
Memberikan pelbagai andaian dari pemerhatian tunggal

Using inferences as a tool to determine the appropriate additional observations.
Menggunakan inferens sebagai alat untuk mengenalpasti pemerhatian tambahan yang jitu

Testing the accuracy of inferences through additional observations.
Menguji ketepatan inferens melalui pemerhatian tambahan

Give reason to an observation or making an earlier conclusion from what have been observed.
Memberikan sebab kepada pemerhatian yang telah dibuat

The Inferences/Menginferens

Logical inference – any reason as long as it is logic.
Inferens logik- sebarang sebab yang logik

Comparing – any logical reason but the answer must be in a form of comparing.
Bandingan – sebarang sebab yang logik dalam bentuk bandingan

Controlled/exact – only one specific reason is accepted.
Jitu – hanya satu jawapan sahaja



Examples of questions

State two reasons based on the observation above.
State an inference for the condition of the fish in the aquarium.
Give a reason for the answer given in (a)
Why is the distance of the moving trolley decreasing?
-->





CONTROLLING VARIABLES/ MENGAWAL PEMBOLEH UBAH

The Variables/ Pemboleh ubah-pemboleh ubah

1. What to change (wc) / yang berubah
2. What to observe/measure (wm) / yang diukur/ diperhatikan
3. What to keep the same (same)/ yang sama

1. What to observe/measure
 
-          Thing that is being observed / measured /investigated / recorded / the result of an
      investigation.

2. What to change (tc)
   
-          Thing that is changed or being manipulated in an investigation and it has an effect on
      thing that is observed.

3.  What to keep the same
   
-          Thing that is always the same and kept constant in an investigation.
-->
INTERPRETING DATA/ MENTAFSIR MAKLUMAT

The questions based on the
n        Table
n        Graph
n        Bar chart
n        Diagram

To state:
Ø       The aim/purpose of the investigation
Ø       The trend or pattern of the data given
Ø       The relationship between the thing to change and thing to observe.
Ø       By making conclusion or what you have learnt

Aim / Purpose of the investigation or things to find out.

Examples of questions

•      What is the aim/purpose of the investigation above?
•      What have you found out from the investigation?
•      State the purpose of the investigation.
•      What is/ state the aim of the investigation/experiment/ fair test
•      What is/ state the purpose of the investigation/ experiment/ fair test
•      What are you going to find out?


The Sentence/ Cara Menjawab

Ø       To investigate the relationship between..(what to change)..and ..(what to observe)….
Ø       To find out the effect of ….(what to change)…on/to ….(what to observe)…./
Ø       Mengkaji hubungan di antara ……… yang berubah …… dan …….yang diukur…..
Untuk mengkaji kesan ……..yang berubah ….. terhadap/ kepada ….. yang diukur

-->
PREDICTING/MERAMAL

Stating the outcome of a future event based on prior knowledge gained through experiences or collected data.
Able to determine the outcomes from an action.
Using pattern of data explicitly to make projections.
Confident with the accuracy of the prediction.
Able to verify a statement of related to future events based on evidence or past experiences.
Extrapolating and  inserting data as a tool to predict


Two ways to make prediction.
Based on the calculation from the data given. Answers obtained from the calculation is always exact (one whole number)

      2.   If the answer obtained is not exact or in range, write down only one whole
            number from that range
            Note:  Depends on the questions.

Examples of questions

Predict the length of the string if a 5 kg load is used
Predict in which pot the seeds will grow the healthiest.
Predict the condition of the animal in container B after 2 weeks.
What will happen to the plant if it is covered with a box?
  -->
MAKING HYPHOTESIS/ MEMBUAT HIPOTESIS

Hypothesis:

Making a statement of which can be proven by doing an experiment or investigation or fair test

Hypothesis sentence

Examples:
n        The more the time taken to heat the water, the more the temperature is.
n        As the time taken to heat the water increases, the temperature also increases.
n        The longer the string, the lesser the number of swings.
n        Plants need water to grow well
n        If the type of objects are different, the ability to absorb of water also different.


Examples of questions

a)      State a hypothesis based on the investigation above.

b)      What is the hypothesis of this investigation?

c)      Write a hypothesis based on the information above.



Technique of answering:

…..( trend/pattern)….  …(wtc)…..,  ……(trend pattern )……  ……(wto) ………

2.    As/If/When  ......(wtc)….  ….(trend/pattern)….,  ….(wto) … also  …..(trend/pattern)….




Clue:   1.  Identify the WTC and WTO
            2  Identify the trend/pattern of the WTC and WTO (if any)
            3..Relate the WTC and WTO to form hypothesis sentence


Friday, April 18, 2014

Iktiraf kepemimpinan sekolah





Shah Alam: Warga pendidik khususnya guru besar diingatkan menguruskan sesebuah sekolah secara berkesan bagi menangani cabaran termasuk memastikan semua sumber di bawah kawalan mereka beroperasi dengan matlamat sama.

Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, keberkesanan pengurusan sesebuah sekolah perlu dilaksanakan sejajar dengan keperluan dan persekitaran semasa terutama hasrat rakyat dan aspirasi sistem pendidikan negara.

Beliau berkata, penganugerahan insentif anugerah Tawaran Baru Guru Besar (TBGB) 2013 berjumlah RM23.2 juta bertujuan mengiktiraf kepemimpinan sekolah yang berkesan bagi menghasilkan matlamat seperti dihasratkan kerajaan.

Menurutnya, bagi 2013, sebanyak 566 sekolah dan 622 guru besar dan lapan guru penolong kanan melepasi saringan termasuk memperoleh sijil audit tanpa teguran serta tiada kes tata tertib.

“Daripada jumlah itu, 209 daripadanya adalah sekolah bandar, sekolah luar bandar (302) dan sekolah pedalaman (55).

Ini menunjukkan peningkatan berbanding pencapaian tahun 2012 iaitu 180 sekolah bandar dan 280 sekolah luar bandar menerima anugerah berkenaan.

“Sekolah Jenis Kebangsaan (SJK) Cina yang menerima anugerah itu juga meningkat daripada 54 kepada 74 sekolah, begitu juga dengan SJK Tamil yang turut berlaku peningkatan penerima anugerah daripada 45 kepada 54 sekolah,” katanya berucap pada Majlis Anugerah Tawaran Baru Guru Besar Tahun 2013, di sini, semalam.

Beliau yang juga Menteri Pendidikan berkata, daripada keseluruhan penerima anugerah TBGB, 119 sekolah menerima anugerah empat kali berturut-turut.

“Saya ingin menarik perhatian tuan puan dengan kejayaan satu-satunya sekolah Orang Asli iaitu Sekolah Kebangsaan Tasik Chini, Pekan, Pahang pada tahun ini,” katanya.

Menurutnya, dijangkakan seramai 22,063 warga sekolah terdiri guru besar, guru serta anggota kumpulan pelaksana akan mendapat manfaat daripada ganjaran berkenaan.

Katanya, mulai tahun ini, pembayaran ganjaran akan diperluaskan kepada semua Pegawai Perkhidmatan Awam Persekutuan dan Pegawai Perkhidmatan Negeri yang berkhidmat di sekolah di bawah Kementerian Pendidikan.
“Anugerah tawaran baru ini adalah indikator utama ke arah pembentukan modal insan holistik yang diharapkan mampu berdepan cabaran abad ke-21.

“Sesungguhnya kejayaan ini melambangkan kebolehan tuan-tuan dan puan-puan memberi inspirasi kepada warga sekolah.

Bagi Kementerian Pendidikan, saya mengharapkan kejayaan ini menyuntik semangat untuk melipatgandakan usaha untuk memperkukuhkan dan meningkatkan kecemerlangan sekolah masing-masing,” katanya.

Sumber: Harian Metro

Thursday, April 10, 2014

GURUKU ITU

GURU
SEPERTI LILIN
WAKTU AKAN CAIR
GUGUR LALU MEMBEKU
SEPI PUN DATANG MENUTUP PANDANG
TINGGALLAH WAKTU
MENGAKHIRI SEJARAH PANJANGNYA.
SEPERTI ENGKAU
SEWAKTU PENYULUH
HIDUPKUBETAPA DALAM KEGELAPAN MAYA
ENGKAU PERKENALKAN DAKU
DENGANYA
SURIA DAN BINTANG CAKERAWALA
SEHINGGA SELURUH JAGATRAYA INI
TIBA TIBA MENJADI MILIKIKU
KEHADIRANMU ADALAH SUATU FITRAH
LEPAS ITU, ENGKAU KUTINGGALKAN
KUKIRA ENGKAU KESEPIAN KINI
MENGAKHIRI SISA SISA HIDUPMU
TANPA BELAIAN KASIH
RATUSAN ANAN ANAKMUYANG TELAH ENGKAU BERIKAN OBOR
DAN PAGI IN KUDAKAPWAJAHMU DALAM KENANGAN
SEORANG ANAK YANG PERNAH
ENGKAU LUKAI
KINI PENCINTAMU PALING SETIA
SEHINGGA KE AKHIR HAYAT

Monday, April 7, 2014

Nuffnang Adds